sebab semalam dapat ku meluahkan segala perasaan yg pernah terbuku dihatiku. tentang kisah zaman kanak2 yang terasa sangat dewasa sbb dari kecil dah kene berdikari...
kamu percaya tak? bahawa semua manusia ada perkara yg dia tidak mahu ingat sepanjang hidupnya? saya percaya sgt. sebab saya juga ada perkara yg saya tidak mahu ingat. kalau ingat je rasa geram, marah, kecewa, sedih malah hilang rasa keyakinan diri.
semalam saya makan dengan sahabat lama. entah bagaimana kami menceritakan tentang kesusahan dan keadaan kami waktu sebelum habis sekolah. membantu ayah dan ibu, pergi bercucuk tanam untuk jualan di pasar, bermain dengan kawan dibawah pokok tembakau, mandi sungai dan...jadi budak nakal yang suka main dengan budak laki dan degil sangat.huhu (saya la tuh. kawan sy x pun (^_^)V peace!)
lepas tu jumpa kak Ida. kami berbual lama. tentang perkara yang kami tak nak ingat, perkara yang best...dan macam2 lagi. terutama nye tentang kasih sayang dan cinta. hehe. zaman kanak2 adalah zaman yang paling penting tau! nanti saya bagitahu kenapa ia penting di post yang akan datang.
sekarang ni bila dewasa (sudah dewasakah aku? heh), banyak tugasan, tanggungjawab dan perkara yg perlu difikirkan. jika kamu dan saya duduk dan fikir sejenak tentang zaman sekolah dulu dan zaman sebelum kita jadi se dewasa ini. saya kadang2 bertanya juga pada diri. adakah saya yang sekarang, sama dengan yang kelmarin atau yang dahulu..sy tanye parents saya. saya ni dulu bagaimana..tanya kawan2, sy ni org nye bagaimana..baru saya tahu. banyak perkara baik yang ada dulu sudah hilang dari diri saya. ada jugak perkara buruk dari diri saya sudah hilang bila saya dewasa sekrang.
kamu tahu x..sebenarnya hidup ni umpama memandu kereta. kamu dan saya memandu di sebuah jalan menuju sebuah destinasi. kereta ada cermin belakang, depan dan sisi. kalau kamu dan saya memandu kereta tu, kamu kene pandang cermin belakang, sisi dan depan jugak. ibarat nya kamu masih memandang masa silam kamu untuk kamu belajar daripadanya. kamu tidak boleh asyik pandang belakang, asyik menangisi kesilapan lalu tapi pandang kehadapan. destinasi kamu belum sampai.
hidup mesti terus. luka semalam kamu ubati lekas2. biar tidak terseret sekali bila kamu ingin meneruskan perjalanan hidup kamu. bila mahu memulakan perjalanan, bekalan seperti ilmu, pengalaman sendiri dan orang lain, harus kamu bawa sekali. jangan lupa juga perancangan yang rapi. jika hidup tanpa perancangan dan matlamat, kamu tidak tahu kemanakah arah tuju kamu. jadi kamu berjalan sahaja tidak kira apa nama tempat itu. nanti kalau tersesat di tempat yang berbahaya, bukankah kamu sudah menempah sakit disitu?
jadi apa kesimpulannya? kamu dan saya, melihat kembali masa lalu untuk kamu dan saya perbaiki lagi diri. dan jika ada terkandas dimana2 ketika sebelum ini, kamu dan saya akan cepat2 selesaikan dan teruskan perjalanan. jangan lupa perancangan dan matlamat destinasi. pastikan matlamat kamu itu jelas dan di lakar dalam minda dan perbuatan. insyaallah. hidup kamu dan saya tentu lebih ceria dan sentiasa pandang positif walaupun ribut hujan batu melanda negara.
mulai hari ini. fikir kan perkara yang indah dimasa lalu dan bawa ia kemasa sekarang. lepas itu, fikirkan perangai buruk kita dan apa2 sahaja yang tidak baik, perbaiki dan tinggalkan. sebab nanti berat lah kereta kita
lastly..semoga kamu dan saya ceria selalu. salam kasih dan sayang buat semua pembaca. hehe