assalamualaikum and salam ceria to everyone. may Allah bless us and shower us his guidance and Mercy all da time.
perubahan masa seiring dengan mere exposure effect
Perasan atau tidak, zaman terus berubah dengan pendedahan yang pelbagai ragam serta rupanya. kalau dulu Islam mula2 didedahkan dengan penyembahan berhala dan ketidakadilan, Rasulullah telah diutuskan untuk mendedahkan betapa adilnya Islam pada manusia mengikut fitrahnya. dan pendedahan kepada siapakah Tuhan sebenar yang membawa umat Islam hanya menyembah Tuhan yang Satu iaitu Allah serta bernaung dibawah rahmat dan kasih sayangNya.
selepas berzaman, zionis dan sekularism mula menongkah arus zaman dengan pembawakan keindahan duniawi dan penyembahan material dan pemisahan agama dari hal2 dunia. lalu mujaddi bangkit membawa pendedahan kepada Islam yg sebenar yg semakin dilupakan oleh ramai manusia.
apakah mere exposure effect?
kali ini saya ingin mendedahkan anda tentang mere exposure effect. ia adalah satu konsep dlm psikologi yg dikategorikan dalam psikologi sosial. mere exposure effect bermaksud "pendedahan yang berulang kali atau kerap kepada sebuah objek, manusia atau apa sahaja terhadap individu, boleh membawa kesan terhadap pemikiran, perasaan dan perbuatan individu tersebut"
post yg lepas sy ada cakap ttg gelombang rasa suka dan benci pada seseorg boleh menyebabkan seseorg itu menyukai anda kembali. ia hampir sama dengan exposure effect. tpi ia ditambah lagi dengan perjumpaan yang berkali2 atau melihat dan menghubunginya berkali2 menyebabkan anda suka padanya. sbb tu lah ada kata " kalau xkenal maka xcinta" ..yelah. bila dah selalu sgt terserempak, tentu sahaja dah tahu siapa dirinya.
bagaimana mere exposure effect mengubah pemikiran, perasaan dan perbuatan seseorang?
bagaimana mere exposure effect mengubah pemikirn seseorg? cmni..kalau ada pernah berbual dengan org yg mempunyai berbeza pekerjaan atau bidang dalam pelajarannya, anda akan dapati bahawa dia seolah2 hanya nampak bidangnya sebagai yg terbaik (rasa suka dan sayang). contohnya law student. dia akan ckp ttg law dan hampir setiap hidup nya berkaitan dengan konsep dalam undang2. kalau dia dulu seorang yg tidak peka kepada masalah jenayah, kini dia menjadi org yg paling sensitif terhadap salahlaku dan jenayah yg berlaku.
sama lah juga andai seseorang itu didedahkan pada agama berulang kali dengan kefahaman yg jelas, dia akan berfikir dari segi agama yang dia pelajari dan terdedah itu. sebab itu jika remaja sekarang didedahkan dengan ilmu2 yang tidak bermanfaat seperti pornography, karma sutra dan cinta muda mudi, mereka mudah sahaja menerimanya sebagai satu keadaan yang boleh dipakai dalam kehidupan. sbb apa? kerana mereka sudah didedahkan berkali2 tidak kira mcm mana pn caranya. ia juga diaplikasi kan dalam pengiklanan. jika anda sudah didedahkan dengan shampoo rejoice setiap masa, sah la anda susah untuk buat pilihan kalau jumpa shampoo yang xfamiliar pada anda. tentu sahaja rejoice.
jadi bagaimana pula mere exposure effect mengubah sikap dan perbuatan seseorang? pendedahan kepada perbuatan seseorang seperti pemakaian, cara berinteraksi dan bekerja boleh memberi kesan kepada org disekelilingnya. contohnya pemakaian barat. negara kita pun sudah jadi biasa dengan pakaian singkat dan mendedahkan tubuh ni. bila didedahkan berulang kali, ramai antara muda mudi merasa itu perkara yg dibolehkan. lalu, mereka meniru dengan perbuatan mereka.
aplikasi mere exposure effect kepada perkara kebaikan
banyak perkara boleh diaplikasikan dri mere exposure effect. vari masalah yg berlaku disekeliling kita dan cuba praktis konsep yg sesuai.
contoh 1: budak2 sekolah sekarang tidak berapa suka tentang sejarah Islam sedangkan sejarah sgt penting. so bagaimana? anda buat poster gmbar2 tokoh sejarah Islam dan detail peribadi serta sumbangannya. lalu letakkan di setiap papan kenyataan sekolah dan diwarnakan lagi agar nmpak lebih ceria.
anda juga boleh mengambil masa sehari seminggu untuk menerangkan dn bercerita ttg tokoh ini pada mereka. dan ditambah lagi dengan pendedahan dikelas setiap hari. for sure, budak2 tu mesti dah familiar dan tanpa sedar, mereka akan suka ttg sejarah Islam
contoh 2: mengubah pemikiran pelajar universiti agar peka kepada masalah negara dan ummah.
caranya macam diatas. kalau dekat UIAM ni, dah banyak program yang mendedahkan tentang masalah ummah.. jadi kebanyakan dari pelajar Uia, tahu dan peka terhadap apa yg berlaku kepada keadaan sekeliling. (berdasarkan survey yg xsiap) hehe
kalau sy pulak, sy tidak berapa terdedah dengan masalah dalam negara ni, tapi lebih suka kepada masalah negara org lain ( sbb selalu terdedah ngn masalah negara luar bila buat diskusi).hm...
so? kesimpulannya, anda boleh apply konsep ni bila mahu menyelesaikan satu2 perkara yg anda ingin seseorang itu suka kepada seseatu perkara. selamat berjaya!
Showing posts with label mere exposure effect. Show all posts
Showing posts with label mere exposure effect. Show all posts
Thursday, March 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)