Thursday, February 26, 2009

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir

bimillahirahmanirahim..

2 minggu lepas saya demam. saya kalau sekali demam memang lama sikit. maklumlah tidak selalu. kalau kene setahun sekali sahaja. itu pun selalu nya disebabkab keletihan atau stress dengan kerja tertentu. apa yang saya nak cerita, dalam keadaan demam yang kuat tuh, saya harus melawat seorang sahabat di Penang. kalau ikut kan, Selangor ke Penang tu jauhhhhhh..... tapi disebabkan janji dan rindu saya pada dia, saya turutkan jugak kata hati. badan menuntut untuk rehat sahaja di kolej. tapi terlalu lama saya tidak bertemu dengan beliau. minggu itu sahaja saya bepeluang berjumpanya. kesibukan dengan program di Universiti dan kerja2 kuliyah tidak membenarkan saya terlalu bersenang lenang.
back to the point, Kita adalah apa yang kita fikir. hm...saya sebelum pergi kesana, saya sudah set kan minda saya. saya fikir yang saya mampu meredah perjalanan jauh tu walaupun sahabat saya tadi melarang. saya kata, saya mampu dan saya belum ketahap yang teruk (padahal badan sudah sangat panas). alhmdulilah. saya memang boleh pergi kesana dengan mudah. walaupun sikit keletihan.

apa yang ingin saya katakan disini? apa yang kita fikir, itulah yang akan mendorong kita. jika kita fikirkan kita mampu, maka kita mampu. saya faham ada dikalangan kita malah adakalanya saya sendiri pun pernah memberi "alasan" apabila kita dalam keadaan ada masalah. contohnya bila kita terpaksa menyiapkan kerja yang banyak. tambahan lagi kita ada masalah dirumah yang masih belum selesai. mulalah, kita kata dalam hati " Ahh! aku ini tengah ada masalah, stress, orang stress selalunya tak boleh siapkan kerja. orang stress tak mampu nak uruskan masa"

hm...cuba kita fikir begini, walaupun aku ada masalah lain, aku akan tinggalkan sebentar diluar kelas, atau diluar pejabat. sekarang, aku harus siapkan kerja dulu. insyaallah aku mampu handle semua ini. nanti kalau aku xbuat, bos atau pensyarah marah. sudah jadi double stress!..jadi lebih baik aku bahagi masa untuk selesaikan 2perkara ini.

saya bercakap dari konteks daily life. yang adakalanya kita selalu kata kita xmampu, kita xbersedia. tapi cuba untuk berfikir positif. seorang yang mendapat musibah dan kesusahan, apabila dia berfikir masalah itu adalah seronok, dia akan seronok dalam menghadapi masalahnya. kalau dia berfikir negatif, maka negatif jugak lah cara dia menghadapi masalah.

jadi, kesimpulannya, fikirlah untuk menjadi hebat dan positif. jadikan impian ini terus melekat dalam minda bawah sedar kita. kajian menunujukkan, minda bawah sedar atau separuh sedar ini akan menyebabkan kita mudah untuk mencapai cita2 kita. kerana minda ini lah yang akan guide minda sedar unutk kearah itu.

bila ada masalah, ingat! mesti fikir positif. hati mesti kuat dalam mengahdapi segala kesulitan. walaupun badan ini sakit, tapi jika kita fikir ada perkara yg memerlukan perhatian kita, percayalah, automatik, badan ini akan tidak terasa sakitnya..

wallhualam..semoga ceria selalu (^_^)

Wednesday, February 4, 2009

Susah mengajar erti kehidupan



salam ceria. semoga semakin hari, kita semakin berkeyakinan dan mengharungi hidup ini dengan kejayaan dan kebahagiaan. kehidupan ini, tidak pernah lari daripada kesusahan dan penderitaan. sengsara, dan bahagia datang bersilih ganti. namun, kesedihan dan derita itu lah sebenarnya mngundang ketabahan dalam jiwa kita. seeloknya, kita bersyukur saja pabila setiap saat kita dihiasi kenangan yang indah.

anda lihat sahaja tokoh didunia ini. rata2 mereka adalah pernah hidup susah. saya percaya. sebagai umat Islam. tokoh yang paling agung kita pernah tahu malah diiktirafdunia adalah nabi kita Muhamad SAW. dia dibesarkan tanpa ibu dan bapa disisi. kasih sayang yang dicurahkan adalah daripada pakcik dan datuk sahaja. perjuangan hidup nya penuh kesusahan. ranjau yang berduri, dilalui dengan penuh budi yang indah.




mun boleh membuka mata dunia dan pemikiran mereka. ramai yang mengaguminya dan menjadikannya idola kerana akhlak dan kasih sayangnya.

seperti kita pula bagaimana? so..sebenarnya, saya nak cakap kat sini, NO PROBLEM IS NO FUN! secara kemasyrakatannya lah...kita leh tgk rata2 mereka yang sentiasa diulit mimpi indah, kemewahan, kemudahan, glamour dan wang ringgit serta pangkat, mudah sahaja menggelabah bila dirundung kesusahan. itu boleh, ini xboleh..macam2 lah..

sepatutnya, fikir positif. hidup ni pun dah mmg mcm tu. nak ke xnak ke, dah mmg kene ade kesusahan. kalau kita anggap kesusahan itu sebagai motiasi untuk diri kita, nescaya, semua masalah yang diahadapi akan jadi suatu kenangan yang indah (^_^)