Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

Tak kan nak kasi lagi kot mdm ni?


"Banyaknya keje mdm.."saya dengar suara org belakang samar2. merungut...
"banyak lagi assignment lain nih.."

saya hanya diam. dlm hati ntahlah. terasa mcm satu berita yg sgt2 memritkan kami tatkala di ambang nk balik kampung untuk beraya ni. bukan sbb raya pn, tapi sbb assignment yg diberikan agak mustahil disamping assignmnet dan report experiment yg lain. ada 3 task lagi kami kene buat. salah satunya adalah interview psychologist. PSYCHOLOGIST?? kami sgt terkejut. kerja yg sgt seronok tpi masa yg diberi sgt singkat.psikologist di uia ni bukan ramai. hanya 5 org je dlm department psikologi. yg lain semua adalah lecturer.aduhai..

pulang dari kelas, bermacam2 ada dlm fikiran. ramadhan hampir berakhir. tpi bila terlalu banyak kerja perlu disiapkan, sudah tak terasa manisnya ramadhan ni. hati ini berkira2 untuk bercuti di kmpung sebentar saja. nmpknya kene berkorban sikit.

usai solat, hati ini semakin rapuh. tidak tahan lagi untuk menangis. ya Allah, bebannya terasa sem ni. dakwah sudah tidak sekerap dulu. adik2 yg biasa saya tanya khabarnya kini terpaksa di abaikan sebentar. bukan sengaja.

sedang di sejadah, hati masih dirundung resah. ahh! ini baru sedikit sha! baru menjadi seorang student psikologi. belum menjadi seorang pakar seperti yg diidam2kan..

saya terus berdoa. sememangnya tiada kekuatan melainkan Allah.

ya Allah, ampunilah hambaMu yg hina ini. berilah kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi mehnah dunia ini. wlupun ia nya hal yg sgt duniawi. namun tiada dapat hamba perbuat jika tanpa kekuatan darimu. air mata sudah xdapat ditahan. terasa teruknya diri ni. lantaran kesusahan baru memohon begini. bila senang, apa sgt pengobananku? ya Allah, ampunilah.

satu malam...

"akak belajar psikologi di uia, boleh keje kat hospital x nanti?" ayah ligat mengira2 daun pisang yg akan diberi pada Cina Ah cun. "boleh. tapi ken smbung master. akak mmg nk keje kat sana pn. jadi pakar klinikal psikologi" saya merenung wajah ayah smbil senyum beria2 bahawa saya benar2 mahu jadi tu.


"ayah suka kalau akak jadi doktor psikologi. kesian ayah tgk org2 yg tertekan kat luar sana. yg penting, sebenarnya adalah Islam. jadi budak uia, tentu saja belajar dari sudut Islam kan?" ada urat2 yg timbul sana sini ditangan ayah. wajahnya tenang walaupun dia ini seorang pemikir.

"insyaallah ayah. mmg di uia, lecturer sgt amik berat ttg ni. mahu Islam juga ada dlm psikologi. kita dah banyak sgt tgk barat conquere fikiran kita. agama mcm dh jadi nombor dua"ayah doakan lah ye. agak susah. tpi itu mmg cinta2 akak pn."


"insyaallah. ayah ni, kalau anak2 ayah mahu, ayah bagi. malah ayah akan cuba sedaya upaya untuk tanggung selagi ayah boleh" ayah berhenti lipat daun pisang. tanganny acapai air kopi atas meja.

"kalau akak dah kahwin pun, suami xmampu, ayah akan bantu juga bila nk smbung master nnti"

ayah renung saya dalam. seperi ada cahaya harapan di wajahnya.

" insyaallah ayah. akak akan cuba. tapi akak rasa akak mhu tanggung famili dulu." tapi akak janji akan smbung master.

"yelah..tapi belajarlah selagi boleh ye"

saya masuk bilik selepas minta izin pada ayah. masih termangu memikirkan harapan ayah.

bila terasa susah sem ni, saya tahu sebenarnya ini semua dugaan dan ia mahu beri kenangan manis buat saya bila habis belajar nnti.

ahh..terkenang ayah..seorang yg bercita2 tinggiwlupun pelajarannya tidak seinggi saya.

ya Allah, moga ada kekuatan dari mu..aku yakin, itu.

apa yg saya kene buat lepas ni? hentikan tangisan, plan dgn teliti dan penuhi jadual2 dengan aktiviti untuk menyiapkan semua benda2 tuh. tapi jgn lupa untuk tmbah amaln serta tolong mak nnti.

dakwah pn mesti masukkan sekali, moga2 berkat..amin..

moga2 ayat ini memberi peransang pada saya dan kamu juga..surah al-baqarah ayat 286.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (kemampuannya). dia mendapat pahala dari kebajikan yg dikerjakannya...."

jadi saya tahu, saya sebenarnya boleh. usahlah terlalu sedih. tentu ada jalan keluar. fikirkan baik2 dan ambillah masa utnuk merancang dan laksanakan kerja2 itu dengan baik. moga2 dipermudahkan..

* aku: wlupn clinical psychologist xsemetinya keja di hospital, tpi sejak dulu aku mahu keje disitu..


Thursday, April 2, 2009

Showing Love


glitter-graphics.com

salam ceria semua. semoga kamu semua ceria lagi dan lagi dan lagi. hehe..saya nak bagi LOVE kt sape2 yang datang blog ni dan jadi kawan saya. boleh kan?


khas untuk kamu..hehe

hari ni juga. ada seseorang cakap blog kata2 ni saya ambil dari imotivasi website. eh? xdelah. ini kata2 original tau dari saya. xpelah. itu maknanya, blog ini dah mcm blog motivasi. terima kasih B. hehe MySpace

SHOWING LOVE..

saya waktu kecil2 dulu xpandai menunjukkan kasih sayang. waktu sekolah menengah ada sahabat baik saya bagi surat. dia mahu pergi kursus yang lama jugak. jadi kami xkan berjumpa untuk masa yang lama. yelah..dah selalu bersama. gi mana2 pun sama. sampai orang cakap kami belangkas. dimana ada Sha, disitu ada Elly.

surat tu menyatakan yang dia sayang sgt kat saya. dan selalu berharap agar saya jaga diri baik2. mcm pelik sahaja bunyi surat tu kan? selepas tu, bila saya rindu dia dan baca surat tuh, saya akan nangis. xtahu kenapa. lama2 baru saya sedar. saya tahu yang saya juga amat menyayangi dia.

jadi bila dia balik, saya cakap kat dia yang saya syg dia. walaupun MALU yang teramat, tpi sekurang2 nya dia tahu yang ada caring ttg dia. huhu..malunya..MySpace

kamu pun mesti tunjuk kasih sayang kamu. bak kata2 dalam lirik lagu "LAFAZ YANG TERSIMPAN" nyanyian UNIC. lafazkan kasih sayang mu..supaya nnti tidak terlambat. tapi biarlah berpada ye. dengan bukan jantina, jangan seseuka hati cakap. nnti jadi lain pulak. hehe

okey! hari ni, kita akan luahkan pada orang yang kita sayang terutamanya ibu bapa dan sahabat2. agar mereka tahu kita menyayangi mereka. selamat mencuba.(^_^)

Monday, March 9, 2009

MULALAH MEMBERI, ANDA AKAN MENDAPAT

assalamualaikum..salam ceria. semoga anda dan saya bergerak lebih maju dari selalu. nak maju ni bukan hanya merancang tetapi kene gerak jugak walaupun selangkah. maksudnya gerak kan badan dan fikiran walaupun sedikit. nanti lama2 jadi bukit. bak pepatah org dulu2.

saya nak citer tentang perasaan. yelah. maklum saja. semua org pn ada perasaan. rasa cinta, sayang, kasihan, benci, meluat, marah, sakit hati dan menyampah pun ada. anda tahu x? bila anada menyukai seseorg dengan sangat2, anda sebenarnya menghantar gelombang itu kedalam dirinya. dan jika suka anda itu terlalu kuat, dia akan merasa hal yang sama. percaya x? saya tahu..semua orang pernah merasa keadaan ini. hehe. termasuklah diri saya. so? cmner pulak ngan benci? ye! jika anda benci seseorg, automatik, orang yang anda benci akan merasa hal yg demekian pada diri anda. mereka dapat merasa diri mereka dibenci.

meh saya terangkan kenapa. perasaan adalah perkara yg susah dikawal. maknenya, anda masih boleh kawal cume susah. bila perasaan ini menguasai, anda akan menunjukkan nya dalam bentuk sikap atau perbuatan. tanpa sedar, bila anda terjumpa orang yang anda sukai, anda akan tersenyum tanpa dapat ditahan2 lagi. sudah lah tersenyum, siap terlanggar tiang lagi. maklumlah, bila hati dah pengaruhi kuat, mmg susah nk kawal. hehe. sama lah jika anda benci pada seseorg. automatik bila terjumpa dengannya, muka anda akan jadi masam mencuka. kalau tidak pun tertunjuk muka menyampah. yang si dia ni, mesti pelik dan tertanya. "kenapa aku tengok dia macam xsuka aku je" hah. pernah rasa cmtu? pernah kan???

apa yg boleh kita buat kesimpulan disini? positif nye ialah MEMBERILAH DAHULU, BARULAH MENDAPAT. bila dalam hal famili, mulalah untuk memberi kasih sayang anda dengan membantu, mengambil tahu hal ahli famili yg lain, meluahkan kasih sayang dengan kad ucapan dan raikan hari2 gembira mereka. insyaallah. suatu masa nnti, mereka juga akan menghargai anda. sama lah juga pada sahabat kita. mulalah untuk menunjukkan kasih sayang. nescaya, lama2 anda akan punya ramai sahabat dan mudahlah untuk mendapat pertolongan. mula kan hari ini ye! hehe. buat diri saya juga. salam ceria buat semua. (^_^)