Thursday, September 10, 2009

Tak kan nak kasi lagi kot mdm ni?


"Banyaknya keje mdm.."saya dengar suara org belakang samar2. merungut...
"banyak lagi assignment lain nih.."

saya hanya diam. dlm hati ntahlah. terasa mcm satu berita yg sgt2 memritkan kami tatkala di ambang nk balik kampung untuk beraya ni. bukan sbb raya pn, tapi sbb assignment yg diberikan agak mustahil disamping assignmnet dan report experiment yg lain. ada 3 task lagi kami kene buat. salah satunya adalah interview psychologist. PSYCHOLOGIST?? kami sgt terkejut. kerja yg sgt seronok tpi masa yg diberi sgt singkat.psikologist di uia ni bukan ramai. hanya 5 org je dlm department psikologi. yg lain semua adalah lecturer.aduhai..

pulang dari kelas, bermacam2 ada dlm fikiran. ramadhan hampir berakhir. tpi bila terlalu banyak kerja perlu disiapkan, sudah tak terasa manisnya ramadhan ni. hati ini berkira2 untuk bercuti di kmpung sebentar saja. nmpknya kene berkorban sikit.

usai solat, hati ini semakin rapuh. tidak tahan lagi untuk menangis. ya Allah, bebannya terasa sem ni. dakwah sudah tidak sekerap dulu. adik2 yg biasa saya tanya khabarnya kini terpaksa di abaikan sebentar. bukan sengaja.

sedang di sejadah, hati masih dirundung resah. ahh! ini baru sedikit sha! baru menjadi seorang student psikologi. belum menjadi seorang pakar seperti yg diidam2kan..

saya terus berdoa. sememangnya tiada kekuatan melainkan Allah.

ya Allah, ampunilah hambaMu yg hina ini. berilah kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi mehnah dunia ini. wlupun ia nya hal yg sgt duniawi. namun tiada dapat hamba perbuat jika tanpa kekuatan darimu. air mata sudah xdapat ditahan. terasa teruknya diri ni. lantaran kesusahan baru memohon begini. bila senang, apa sgt pengobananku? ya Allah, ampunilah.

satu malam...

"akak belajar psikologi di uia, boleh keje kat hospital x nanti?" ayah ligat mengira2 daun pisang yg akan diberi pada Cina Ah cun. "boleh. tapi ken smbung master. akak mmg nk keje kat sana pn. jadi pakar klinikal psikologi" saya merenung wajah ayah smbil senyum beria2 bahawa saya benar2 mahu jadi tu.


"ayah suka kalau akak jadi doktor psikologi. kesian ayah tgk org2 yg tertekan kat luar sana. yg penting, sebenarnya adalah Islam. jadi budak uia, tentu saja belajar dari sudut Islam kan?" ada urat2 yg timbul sana sini ditangan ayah. wajahnya tenang walaupun dia ini seorang pemikir.

"insyaallah ayah. mmg di uia, lecturer sgt amik berat ttg ni. mahu Islam juga ada dlm psikologi. kita dah banyak sgt tgk barat conquere fikiran kita. agama mcm dh jadi nombor dua"ayah doakan lah ye. agak susah. tpi itu mmg cinta2 akak pn."


"insyaallah. ayah ni, kalau anak2 ayah mahu, ayah bagi. malah ayah akan cuba sedaya upaya untuk tanggung selagi ayah boleh" ayah berhenti lipat daun pisang. tanganny acapai air kopi atas meja.

"kalau akak dah kahwin pun, suami xmampu, ayah akan bantu juga bila nk smbung master nnti"

ayah renung saya dalam. seperi ada cahaya harapan di wajahnya.

" insyaallah ayah. akak akan cuba. tapi akak rasa akak mhu tanggung famili dulu." tapi akak janji akan smbung master.

"yelah..tapi belajarlah selagi boleh ye"

saya masuk bilik selepas minta izin pada ayah. masih termangu memikirkan harapan ayah.

bila terasa susah sem ni, saya tahu sebenarnya ini semua dugaan dan ia mahu beri kenangan manis buat saya bila habis belajar nnti.

ahh..terkenang ayah..seorang yg bercita2 tinggiwlupun pelajarannya tidak seinggi saya.

ya Allah, moga ada kekuatan dari mu..aku yakin, itu.

apa yg saya kene buat lepas ni? hentikan tangisan, plan dgn teliti dan penuhi jadual2 dengan aktiviti untuk menyiapkan semua benda2 tuh. tapi jgn lupa untuk tmbah amaln serta tolong mak nnti.

dakwah pn mesti masukkan sekali, moga2 berkat..amin..

moga2 ayat ini memberi peransang pada saya dan kamu juga..surah al-baqarah ayat 286.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (kemampuannya). dia mendapat pahala dari kebajikan yg dikerjakannya...."

jadi saya tahu, saya sebenarnya boleh. usahlah terlalu sedih. tentu ada jalan keluar. fikirkan baik2 dan ambillah masa utnuk merancang dan laksanakan kerja2 itu dengan baik. moga2 dipermudahkan..

* aku: wlupn clinical psychologist xsemetinya keja di hospital, tpi sejak dulu aku mahu keje disitu..


4 comments:

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam 'alayk kak sha :)
semoga segala urusan akak dipermudahkanNya..
semoga Allah terus mencintaimu :D

-syaimaa'-

sha's prince said...

Moga Allah permudahkan semua urusan ukhti..
Salam Aidilfitri..

Nadirah said...

Insya-Allah kalau Allah izinkan kita dalam apa jua bidang, Dia akan membuka lorong-lorong kemudahan walaupun kita tak menyedarinya. Yakinlah dengan Allah!

shahadah said...

shada > syaima'

thnx syaima'..dah masuk semula ni..debar2 je rasa. takut xmampu. selamat hari raya (^_^)

shada> sha's prince

thnx coz sudi baca luahan ni. selamat hari raya to you :)

shada> nadirah

thnx dira. lama nya xjumpa dira. selamat hari raya tau..doakan sha kuat ..

Post a Comment