Sunday, October 4, 2009

Kadang2 aku tak tahu kalau kamu tak beritahu




Bismillahirahmanirahim..assalamualaikum kamu semua. amacam harini? sihat?

alhmdulilah. wlupun agak sukar dengan kerja yg bertimbun, namun Allah permudahkan jua dengan pelbagai hikmah. itu lah kuasa tawakal dan berserah pada Allah..

saya dh temuramah counselor. wlupun hanya counselor, namun dia still seorg psychologist. sy gi inerview MDM NORAINI AHMAD. kamu kenal? dia agak seorang yg famous dulu. banyak menerbitkan buk dan terbit di TV. tidak semena2 sy sedikit sebanyak mendapat counseling dari nya. rasa semakin bersemangat rasanya untuk belajar psikologi. hehe

dalam sedang bingung mencari erti, mdm rupanya sedang menilai..aduh! terlupa pula dia itu seorang kaunselor yg belajar ttg manusiawi. bagaimana harus ku lupa itu.

" saya tgk awk seorang yg boleh memimpin. dengan tidak bersedia tanpa apa2 soalan ditangan pun awk boleh selamba berjumpa dengan saya. itu tandanya awk boleh berjaya. lupakan masalah awk. sekarang ni, wlu apa ketakutan, fobia dan segala kekurangan yg awk rasa, awk mesti hadapi. baru awk tahu setakat mana awk boleh pegi. sekarang awk tgk diri awk. tadi awk kata awk takut nk jumpa sy kan? sekarang awk sedar x sebenarnya awk sedang selamba interview sy. itu maknanya awk seorg confident. cuma nya awk tidak berani menerobos kelemahan yg awk rasa itu"

haha..saya cume senyum...benarkah aku begitu?

ya! kdg2 kita tidak tahu dgn diri kita sehingga ada org memberitahunya. andai buruk, terima dan ubah. andai baik, syukur dan bantu pula yg lain. insyaallah...

hidup sebagai seorang muslim sekaligus belajar tentang manusia, acapkali buat diri ini pening. namun dari pengalaman orang lain, itu menjadi sebahagian motivasi pada diri. sekurang2 nya wlupun tidak melalui, masih memahami apa yg dirasai oleh mereka.

buat diri ini dan kamu, lekas2 muhasabah diri. kadang2 sgt penting untuk tahu apa kekuatan dan kelemahan kamu. senaraikan dalam kertas dan senaraikan juga apa yg kamu mahu. tentu kamu akan nmpak jalan sukar jadi mudah. insyaallah. jgn lupa juga dekatkan diri pada Allah. kerna hanya Dia segalanya. selamat maju jaya. buat ku juga..(^_^)

p/s: aku kini, akan hadapi semua rasa tidak yakin itu. kerna aku mahu jadi hebat. ya! jadi muslimah yg hebat.

0 comments:

Post a Comment