Wednesday, January 28, 2009

BERTINDAK DENGAN PERANCANGAN TELITI

salam ceria buat semua. semoga hari ini, segala impian kita akan tercapai!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


dalam pada kesibukan seharian, ada seorang rakan bertanya pada saya. "mengapa saya rasa hidup ini sangat bosan? saya tidak seperti awak. asyik banyak perkara yang ingin awak lakukan. tapi saya tidak mahu terlalu sibuk seperti awak."

saya akui, ramai lagi diluar sana yang masih belum terfikir apa yang mereka mahu buat untuk mencapai cita-cita dan keinginan mereka. percaya atau tidak, jika kita bertanya pada budak kecil pun, mereka akan mengatakan mereka mahu menjadi seseorang apabila mereka dewasa nanti.

pensyarah saya selalu berkata, untuk menyuruh orang lain untuk belajar bersungguh-sungguh dan bekerja dengan tekun amat mudah. namun tahukah anda, malamat tanpa perancangan yang teliti, akan membantutkan matlamat yang ingin dicapai.

contohnya, STUDY SMART AND WORK HARD. pernah tak anda terfikir, bagaimana mahu study smart atau kerje kuat. caranya, anda hendaklah ada jadual harian yang mantap. bagaimana? dengan senaraikan semua kerja yang anda perlu lakukan mengikut due date nya. kemudian, senaraikan subjek yang anda lemah agar subjek itu anda beri masa lebih untuk study. untuk jadi pelajar yang smart, anda hendaklah mengikut jadual itu. kurangkan aktiviti yang terlalu bersifat hiburan. kemudian, anda study. bagaimana pula? dengan membuat latihan dalam masa yang ditetapkan serta nota setiap bab. mungkin anda boleh luangkan sehari separuh bab kemudian separuh bab lagi anda habiskan esoknya. insyaallah. saya yakin. tentu yang STUDY SMART tadi akan jadi benar2 smart.

ramai lagi yang tertanya, apa yang mereka mahu buat selepas ini. keje sudah lah tidak ada. teman wanita asyik mendesak suruh masuk minang. saya rasa, untuk sebuah cita-cita dan kemahuan, anda perlu ada perasaan "MAHU". barulah anda akan automatiknya, mencari jalan untuk kesana. bina tangga menuju cita-cita anda.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




cari iklan yang mendedahkan jawatan kosong. dan cuba lah walaupun berkali-kali, anda tidak boleh berputus asa. mana tahu, anda baru sahaja berusaha 30 kali, tapi takdir menentukan anda akan berjaya kali ke 31. andai anda berhenti di 30 kali, anda tentu tidak akan berjaya.

andai anda seorang yang memilih pekerjaan, anda lihatlah pre-requisites atau ciri-ciri apa yang membolehkan anda mendapat pekerjaan itu. contohnya, seorang rakan saya mahu menjadi cikgu yang gajinya 2000 keatas. untuk itu, dia mesti ada ijazah sarjana muda pendidikan. jadi, dia perlu belajar dahulu sebelum mendapat pekerjaan sebagai seorang guru dengan gaji sedemikian. walaupapun, teruskan mencari tangaa2 kejayaan anda. jangan mudah putus asa. mana tahu, 5 minit lagi anda berusaha, anda akan mempunyai sebuah kereta idaman!

salam ceria (^_^)

Tuesday, January 27, 2009

MATLAMAT

tahun Baru Cina kelmarin, ramai yg pulang untuk menemui keluarga. bukan setakat kaum Cina malah India dan Melayu juga. saya pulang agak lewat. sudahlah tiket habis, terpaksa beli tiket bas tambahan untuk pulang ke Taiping. bas sepatutnya jam 9.30 pagi. tapi jam 11.40 pagi baru nak jalan. ditambah jem lagi entah pukul berapa bas ni bertolak. siap naik bas sekolah lagi.

dalam menunggu itu, saya berfikir. nak buat apa kalau kiri kanan bas masih sama seperti tadi. hendak bersembang dengan kawan disebelah pun kelihatannya dia juga jemu menunggu (kebetulan disisi saya seorang gadis). saya mengambil sebuah novel. 'KOMBAT'. tulisan Faisal Tehrani. saya memang suka novel yang menceritakan perang dan perancangan.

saya sudah berulang kali khatam novel tu. sekarang saya baca di mana mereka menyusun strategi peperangan. rupa-rupanya mereka sudah merancang semua ini berpuluh-puluh tahun sebelum peperangan terjadi. akhirnya saya membuat kesimpulan. semangat untuk menyudahkan sesuatu perkara itu akan sentiasa berkobar andai kita punya matlamat yang jelas.

yelah..hidup memang perlukan matlamat atau cita-cita. orang putih kata "goal". dengan cita-citalah seseorang itu mencipta langkah-langkah untuk pergi kepada cita-citanya. seperti saya. waktu sekolah dulu, saya mahu tolong orang. saya suka dengar masalah orang lain dan memberi mereka semangat. lalu saya berfikir untuk jadi seorang kauselor.

untuk menjadi kauselor, saya mesti masuk universiti. untuk masuk universiti, saya mesti dapat keputusan yang baik. jadi saya pun pulun dan berusaha dapat keputusan yang baik. alhamdulilah saya dapat masuk universiti. tengok! sekiranya kita ada matlamat, buat keje semua jadi semangat.

semester lepas saya belajar abnormal psychology( penyakit2 mental). saya sekarang sudah berminat untuk jadi pakar klinikal psikologi pula. jadi saya perlu berusaha untuk dapat subjek research dan statistik ketahap yang baik! yeah! saya mesti berusaha..harap anda juga begitu!

semoga mulai hari ini, kita semakin tahu apa yang kita akan lakukan dalam dunia ini. walaupun hanya mahu pergi jalan-jalan, fikirkan juga apa matlamatnya. mungkin mahu merehatkan fikiran dan melapangkan dada. itu juga matlamat! (^_^)

Starting Point.........


Dalam keresahan dengan pelbagai karenah dunia dan ujian, saya diberi kekuatan untuk membuat blog ini. sengaja saya letakkan namanya INSPIRASI. saya harap saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain walaupun hanya dengan penulisan. saya percaya bahawa untuk menjadi lebih tabah adalah dengan berkongsi semangat dan mendengar cerita2 sedih atau cerita2 hebat orang lain. sebagai seorang pelajar yg mengambil jurusan psikologi, semoga ini adalah langkah pertama untuk saya menyampaikan serta berkongsi segala ilmu yg saya pelajari di universiti atau daripada pemerhatian saya sebagai manusia biasa.

apa yang saya fikirkan adalah matlamat atau cita-cita. sejak dahulu saya selalu berpegang kepada prinsip " jadilah harapan kepada orang lain, bukan pengharap yang hanya duduk diam menyusahkan orang lain"..

isnyaallah..semoga saya dan kamu juga dapat menikmati hidup ini dengan penuh azam yang kukuh untuk menjadi lebih baik. serta mendapat apa yg kita inginkan dalam hidup ini sebelum kematian menjelma..wallahualam..

salam ceria (^_^)