tahun Baru Cina kelmarin, ramai yg pulang untuk menemui keluarga. bukan setakat kaum Cina malah India dan Melayu juga. saya pulang agak lewat. sudahlah tiket habis, terpaksa beli tiket bas tambahan untuk pulang ke Taiping. bas sepatutnya jam 9.30 pagi. tapi jam 11.40 pagi baru nak jalan. ditambah jem lagi entah pukul berapa bas ni bertolak. siap naik bas sekolah lagi.
dalam menunggu itu, saya berfikir. nak buat apa kalau kiri kanan bas masih sama seperti tadi. hendak bersembang dengan kawan disebelah pun kelihatannya dia juga jemu menunggu (kebetulan disisi saya seorang gadis). saya mengambil sebuah novel. 'KOMBAT'. tulisan Faisal Tehrani. saya memang suka novel yang menceritakan perang dan perancangan.
saya sudah berulang kali khatam novel tu. sekarang saya baca di mana mereka menyusun strategi peperangan. rupa-rupanya mereka sudah merancang semua ini berpuluh-puluh tahun sebelum peperangan terjadi. akhirnya saya membuat kesimpulan. semangat untuk menyudahkan sesuatu perkara itu akan sentiasa berkobar andai kita punya matlamat yang jelas.
yelah..hidup memang perlukan matlamat atau cita-cita. orang putih kata "goal". dengan cita-citalah seseorang itu mencipta langkah-langkah untuk pergi kepada cita-citanya. seperti saya. waktu sekolah dulu, saya mahu tolong orang. saya suka dengar masalah orang lain dan memberi mereka semangat. lalu saya berfikir untuk jadi seorang kauselor.
untuk menjadi kauselor, saya mesti masuk universiti. untuk masuk universiti, saya mesti dapat keputusan yang baik. jadi saya pun pulun dan berusaha dapat keputusan yang baik. alhamdulilah saya dapat masuk universiti. tengok! sekiranya kita ada matlamat, buat keje semua jadi semangat.
semester lepas saya belajar abnormal psychology( penyakit2 mental). saya sekarang sudah berminat untuk jadi pakar klinikal psikologi pula. jadi saya perlu berusaha untuk dapat subjek research dan statistik ketahap yang baik! yeah! saya mesti berusaha..harap anda juga begitu!
semoga mulai hari ini, kita semakin tahu apa yang kita akan lakukan dalam dunia ini. walaupun hanya mahu pergi jalan-jalan, fikirkan juga apa matlamatnya. mungkin mahu merehatkan fikiran dan melapangkan dada. itu juga matlamat! (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment