Wednesday, January 28, 2009

BERTINDAK DENGAN PERANCANGAN TELITI

salam ceria buat semua. semoga hari ini, segala impian kita akan tercapai!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


dalam pada kesibukan seharian, ada seorang rakan bertanya pada saya. "mengapa saya rasa hidup ini sangat bosan? saya tidak seperti awak. asyik banyak perkara yang ingin awak lakukan. tapi saya tidak mahu terlalu sibuk seperti awak."

saya akui, ramai lagi diluar sana yang masih belum terfikir apa yang mereka mahu buat untuk mencapai cita-cita dan keinginan mereka. percaya atau tidak, jika kita bertanya pada budak kecil pun, mereka akan mengatakan mereka mahu menjadi seseorang apabila mereka dewasa nanti.

pensyarah saya selalu berkata, untuk menyuruh orang lain untuk belajar bersungguh-sungguh dan bekerja dengan tekun amat mudah. namun tahukah anda, malamat tanpa perancangan yang teliti, akan membantutkan matlamat yang ingin dicapai.

contohnya, STUDY SMART AND WORK HARD. pernah tak anda terfikir, bagaimana mahu study smart atau kerje kuat. caranya, anda hendaklah ada jadual harian yang mantap. bagaimana? dengan senaraikan semua kerja yang anda perlu lakukan mengikut due date nya. kemudian, senaraikan subjek yang anda lemah agar subjek itu anda beri masa lebih untuk study. untuk jadi pelajar yang smart, anda hendaklah mengikut jadual itu. kurangkan aktiviti yang terlalu bersifat hiburan. kemudian, anda study. bagaimana pula? dengan membuat latihan dalam masa yang ditetapkan serta nota setiap bab. mungkin anda boleh luangkan sehari separuh bab kemudian separuh bab lagi anda habiskan esoknya. insyaallah. saya yakin. tentu yang STUDY SMART tadi akan jadi benar2 smart.

ramai lagi yang tertanya, apa yang mereka mahu buat selepas ini. keje sudah lah tidak ada. teman wanita asyik mendesak suruh masuk minang. saya rasa, untuk sebuah cita-cita dan kemahuan, anda perlu ada perasaan "MAHU". barulah anda akan automatiknya, mencari jalan untuk kesana. bina tangga menuju cita-cita anda.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




cari iklan yang mendedahkan jawatan kosong. dan cuba lah walaupun berkali-kali, anda tidak boleh berputus asa. mana tahu, anda baru sahaja berusaha 30 kali, tapi takdir menentukan anda akan berjaya kali ke 31. andai anda berhenti di 30 kali, anda tentu tidak akan berjaya.

andai anda seorang yang memilih pekerjaan, anda lihatlah pre-requisites atau ciri-ciri apa yang membolehkan anda mendapat pekerjaan itu. contohnya, seorang rakan saya mahu menjadi cikgu yang gajinya 2000 keatas. untuk itu, dia mesti ada ijazah sarjana muda pendidikan. jadi, dia perlu belajar dahulu sebelum mendapat pekerjaan sebagai seorang guru dengan gaji sedemikian. walaupapun, teruskan mencari tangaa2 kejayaan anda. jangan mudah putus asa. mana tahu, 5 minit lagi anda berusaha, anda akan mempunyai sebuah kereta idaman!

salam ceria (^_^)

1 comments:

Unknown said...

Waalaikumsalam...nanti saya buat entri baru ye berkenaan dengan Google Adsense....

Post a Comment