Sunday, March 29, 2009

Setiap Saat Adalah Kenangan yang Memberi Motivasi

assalamualaikum. salam ceria semua! hehe..ceria nye hari ni.MySpace
sebab semalam dapat ku meluahkan segala perasaan yg pernah terbuku dihatiku. tentang kisah zaman kanak2 yang terasa sangat dewasa sbb dari kecil dah kene berdikari... MySpace

kamu percaya tak? bahawa semua manusia ada perkara yg dia tidak mahu ingat sepanjang hidupnya? saya percaya sgt. sebab saya juga ada perkara yg saya tidak mahu ingat. kalau ingat je rasa geram, marah, kecewa, sedih malah hilang rasa keyakinan diri.

semalam saya makan dengan sahabat lama. entah bagaimana kami menceritakan tentang kesusahan dan keadaan kami waktu sebelum habis sekolah. membantu ayah dan ibu, pergi bercucuk tanam untuk jualan di pasar, bermain dengan kawan dibawah pokok tembakau, mandi sungai dan...jadi budak nakal yang suka main dengan budak laki dan degil sangat.huhu (saya la tuh. kawan sy x pun (^_^)V peace!) MySpace

lepas tu jumpa kak Ida. kami berbual lama. tentang perkara yang kami tak nak ingat, perkara yang best...dan macam2 lagi. terutama nye tentang kasih sayang dan cinta. hehe. zaman kanak2 adalah zaman yang paling penting tau! nanti saya bagitahu kenapa ia penting di post yang akan datang.

sekarang ni bila dewasa (sudah dewasakah aku? heh), banyak tugasan, tanggungjawab dan perkara yg perlu difikirkan. jika kamu dan saya duduk dan fikir sejenak tentang zaman sekolah dulu dan zaman sebelum kita jadi se dewasa ini. saya kadang2 bertanya juga pada diri. adakah saya yang sekarang, sama dengan yang kelmarin atau yang dahulu..sy tanye parents saya. saya ni dulu bagaimana..tanya kawan2, sy ni org nye bagaimana..baru saya tahu. banyak perkara baik yang ada dulu sudah hilang dari diri saya. ada jugak perkara buruk dari diri saya sudah hilang bila saya dewasa sekrang.

kamu tahu x..sebenarnya hidup ni umpama memandu kereta. kamu dan saya memandu di sebuah jalan menuju sebuah destinasi. kereta ada cermin belakang, depan dan sisi. kalau kamu dan saya memandu kereta tu, kamu kene pandang cermin belakang, sisi dan depan jugak. ibarat nya kamu masih memandang masa silam kamu untuk kamu belajar daripadanya. kamu tidak boleh asyik pandang belakang, asyik menangisi kesilapan lalu tapi pandang kehadapan. destinasi kamu belum sampai. MySpace

hidup mesti terus. luka semalam kamu ubati lekas2. biar tidak terseret sekali bila kamu ingin meneruskan perjalanan hidup kamu. bila mahu memulakan perjalanan, bekalan seperti ilmu, pengalaman sendiri dan orang lain, harus kamu bawa sekali. jangan lupa juga perancangan yang rapi. jika hidup tanpa perancangan dan matlamat, kamu tidak tahu kemanakah arah tuju kamu. jadi kamu berjalan sahaja tidak kira apa nama tempat itu. nanti kalau tersesat di tempat yang berbahaya, bukankah kamu sudah menempah sakit disitu?

jadi apa kesimpulannya? kamu dan saya, melihat kembali masa lalu untuk kamu dan saya perbaiki lagi diri. dan jika ada terkandas dimana2 ketika sebelum ini, kamu dan saya akan cepat2 selesaikan dan teruskan perjalanan. jangan lupa perancangan dan matlamat destinasi. pastikan matlamat kamu itu jelas dan di lakar dalam minda dan perbuatan. insyaallah. hidup kamu dan saya tentu lebih ceria dan sentiasa pandang positif walaupun ribut hujan batu melanda negara. MySpace

mulai hari ini. fikir kan perkara yang indah dimasa lalu dan bawa ia kemasa sekarang. lepas itu, fikirkan perangai buruk kita dan apa2 sahaja yang tidak baik, perbaiki dan tinggalkan. sebab nanti berat lah kereta kita MySpace

lastly..semoga kamu dan saya ceria selalu. salam kasih dan sayang buat semua pembaca. hehe MySpace

Thursday, March 26, 2009

Mere Exposure Effect (kesan pendedahan berulang kali)

assalamualaikum and salam ceria to everyone. may Allah bless us and shower us his guidance and Mercy all da time. MySpace

perubahan masa seiring dengan mere exposure effect

Perasan atau tidak, zaman terus berubah dengan pendedahan yang pelbagai ragam serta rupanya. kalau dulu Islam mula2 didedahkan dengan penyembahan berhala dan ketidakadilan, Rasulullah telah diutuskan untuk mendedahkan betapa adilnya Islam pada manusia mengikut fitrahnya. dan pendedahan kepada siapakah Tuhan sebenar yang membawa umat Islam hanya menyembah Tuhan yang Satu iaitu Allah serta bernaung dibawah rahmat dan kasih sayangNya.

selepas berzaman, zionis dan sekularism mula menongkah arus zaman dengan pembawakan keindahan duniawi dan penyembahan material dan pemisahan agama dari hal2 dunia. lalu mujaddi bangkit membawa pendedahan kepada Islam yg sebenar yg semakin dilupakan oleh ramai manusia.

apakah mere exposure effect?

kali ini saya ingin mendedahkan anda tentang mere exposure effect. ia adalah satu konsep dlm psikologi yg dikategorikan dalam psikologi sosial. mere exposure effect bermaksud "pendedahan yang berulang kali atau kerap kepada sebuah objek, manusia atau apa sahaja terhadap individu, boleh membawa kesan terhadap pemikiran, perasaan dan perbuatan individu tersebut"

post yg lepas sy ada cakap ttg gelombang rasa suka dan benci pada seseorg boleh menyebabkan seseorg itu menyukai anda kembali. ia hampir sama dengan exposure effect. tpi ia ditambah lagi dengan perjumpaan yang berkali2 atau melihat dan menghubunginya berkali2 menyebabkan anda suka padanya. sbb tu lah ada kata " kalau xkenal maka xcinta" ..yelah. bila dah selalu sgt terserempak, tentu sahaja dah tahu siapa dirinya.

bagaimana mere exposure effect mengubah pemikiran, perasaan dan perbuatan seseorang?

bagaimana mere exposure effect mengubah pemikirn seseorg? cmni..kalau ada pernah berbual dengan org yg mempunyai berbeza pekerjaan atau bidang dalam pelajarannya, anda akan dapati bahawa dia seolah2 hanya nampak bidangnya sebagai yg terbaik (rasa suka dan sayang). contohnya law student. dia akan ckp ttg law dan hampir setiap hidup nya berkaitan dengan konsep dalam undang2. kalau dia dulu seorang yg tidak peka kepada masalah jenayah, kini dia menjadi org yg paling sensitif terhadap salahlaku dan jenayah yg berlaku.

sama lah juga andai seseorang itu didedahkan pada agama berulang kali dengan kefahaman yg jelas, dia akan berfikir dari segi agama yang dia pelajari dan terdedah itu. sebab itu jika remaja sekarang didedahkan dengan ilmu2 yang tidak bermanfaat seperti pornography, karma sutra dan cinta muda mudi, mereka mudah sahaja menerimanya sebagai satu keadaan yang boleh dipakai dalam kehidupan. sbb apa? kerana mereka sudah didedahkan berkali2 tidak kira mcm mana pn caranya. ia juga diaplikasi kan dalam pengiklanan. jika anda sudah didedahkan dengan shampoo rejoice setiap masa, sah la anda susah untuk buat pilihan kalau jumpa shampoo yang xfamiliar pada anda. tentu sahaja rejoice. MySpace

jadi bagaimana pula mere exposure effect mengubah sikap dan perbuatan seseorang? pendedahan kepada perbuatan seseorang seperti pemakaian, cara berinteraksi dan bekerja boleh memberi kesan kepada org disekelilingnya. contohnya pemakaian barat. negara kita pun sudah jadi biasa dengan pakaian singkat dan mendedahkan tubuh ni. bila didedahkan berulang kali, ramai antara muda mudi merasa itu perkara yg dibolehkan. lalu, mereka meniru dengan perbuatan mereka.

aplikasi mere exposure effect kepada perkara kebaikan

banyak perkara boleh diaplikasikan dri mere exposure effect. vari masalah yg berlaku disekeliling kita dan cuba praktis konsep yg sesuai.

contoh 1: budak2 sekolah sekarang tidak berapa suka tentang sejarah Islam sedangkan sejarah sgt penting. so bagaimana? anda buat poster gmbar2 tokoh sejarah Islam dan detail peribadi serta sumbangannya. lalu letakkan di setiap papan kenyataan sekolah dan diwarnakan lagi agar nmpak lebih ceria.

anda juga boleh mengambil masa sehari seminggu untuk menerangkan dn bercerita ttg tokoh ini pada mereka. dan ditambah lagi dengan pendedahan dikelas setiap hari. for sure, budak2 tu mesti dah familiar dan tanpa sedar, mereka akan suka ttg sejarah Islam

contoh 2: mengubah pemikiran pelajar universiti agar peka kepada masalah negara dan ummah.
caranya macam diatas. kalau dekat UIAM ni, dah banyak program yang mendedahkan tentang masalah ummah.. jadi kebanyakan dari pelajar Uia, tahu dan peka terhadap apa yg berlaku kepada keadaan sekeliling. (berdasarkan survey yg xsiap) hehe

kalau sy pulak, sy tidak berapa terdedah dengan masalah dalam negara ni, tapi lebih suka kepada masalah negara org lain ( sbb selalu terdedah ngn masalah negara luar bila buat diskusi).hm...MySpace

so? kesimpulannya, anda boleh apply konsep ni bila mahu menyelesaikan satu2 perkara yg anda ingin seseorang itu suka kepada seseatu perkara. selamat berjaya! MySpace

Monday, March 9, 2009

MULALAH MEMBERI, ANDA AKAN MENDAPAT

assalamualaikum..salam ceria. semoga anda dan saya bergerak lebih maju dari selalu. nak maju ni bukan hanya merancang tetapi kene gerak jugak walaupun selangkah. maksudnya gerak kan badan dan fikiran walaupun sedikit. nanti lama2 jadi bukit. bak pepatah org dulu2.

saya nak citer tentang perasaan. yelah. maklum saja. semua org pn ada perasaan. rasa cinta, sayang, kasihan, benci, meluat, marah, sakit hati dan menyampah pun ada. anda tahu x? bila anada menyukai seseorg dengan sangat2, anda sebenarnya menghantar gelombang itu kedalam dirinya. dan jika suka anda itu terlalu kuat, dia akan merasa hal yang sama. percaya x? saya tahu..semua orang pernah merasa keadaan ini. hehe. termasuklah diri saya. so? cmner pulak ngan benci? ye! jika anda benci seseorg, automatik, orang yang anda benci akan merasa hal yg demekian pada diri anda. mereka dapat merasa diri mereka dibenci.

meh saya terangkan kenapa. perasaan adalah perkara yg susah dikawal. maknenya, anda masih boleh kawal cume susah. bila perasaan ini menguasai, anda akan menunjukkan nya dalam bentuk sikap atau perbuatan. tanpa sedar, bila anda terjumpa orang yang anda sukai, anda akan tersenyum tanpa dapat ditahan2 lagi. sudah lah tersenyum, siap terlanggar tiang lagi. maklumlah, bila hati dah pengaruhi kuat, mmg susah nk kawal. hehe. sama lah jika anda benci pada seseorg. automatik bila terjumpa dengannya, muka anda akan jadi masam mencuka. kalau tidak pun tertunjuk muka menyampah. yang si dia ni, mesti pelik dan tertanya. "kenapa aku tengok dia macam xsuka aku je" hah. pernah rasa cmtu? pernah kan???

apa yg boleh kita buat kesimpulan disini? positif nye ialah MEMBERILAH DAHULU, BARULAH MENDAPAT. bila dalam hal famili, mulalah untuk memberi kasih sayang anda dengan membantu, mengambil tahu hal ahli famili yg lain, meluahkan kasih sayang dengan kad ucapan dan raikan hari2 gembira mereka. insyaallah. suatu masa nnti, mereka juga akan menghargai anda. sama lah juga pada sahabat kita. mulalah untuk menunjukkan kasih sayang. nescaya, lama2 anda akan punya ramai sahabat dan mudahlah untuk mendapat pertolongan. mula kan hari ini ye! hehe. buat diri saya juga. salam ceria buat semua. (^_^)