Friday, July 31, 2009

Orang Sekeliling Tetap Akan Bercakap Tentang Apa Yang Anda Buat



Orang sekeliling tetap akan bercakap tentang apa yang Anda buat, apa yang Anda lakukan, impian Anda dan apa yang Anda usahakan. Well, jika Anda mengalami situasi itu, kali ni saya ingin berkongsi pengalaman.

Anda, sebagai pembaca blog iMotivasi sudah pasti tahu impian yang saya nak capai, iaitu nak bekerja menjadi pengendali, penulis dan pemilik blog sepenuh masa. Dalam perkataan lain, full time blogger.

Dengan bekerja sebagai full time blogger membuat saya ada lebih banyak masa untuk membaca banyak buku, bersukan dengan lebih lama dan beribadah dengan lebih khusyuk. Sekarang, pada saat artikel ini ditulis, saya memilih untuk melupakan hal yang tidak berkaitan dengan blog, sukan dan keagamaan semata-mata untuk mengejar impian.

Akhirnya, usaha saya mendapat cemuhan, tohmahan, makian dan kata-kata kesat yang sukar nak dilupakan hanya kerana sikap saya “lain daripada yang lain”. Saya tak kacau sesiapa, tak pernah mengata sesiapa, saya cuma terlalu fokus dengan kerja-kerja saya.

Namun, kerajinan saya praktikkan ke dalam diri sendiri menimbulkan ketidaksenangan pada beberapa pihak. Kawan-kawan saya tak senang dengan sikap saya, sebab saya sanggup bersengkang mata, hanya berkurung di dalam bilik mengadap sebuah laptop kecil. Maka saya membuat kesimpulan.

Orang rumah, jiran, kengkawan dan saudara mara Anda tak akan pernah faham apa yang saya capai, apatah lagi jika apa yang dibuat tu tak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ni. Jujur dari hati di sekeliling saya, tak ada sesiapa yang support saya, menyokong saya. Mengkondem, tu ramai le, hehe. Namun, saya memilih untuk melupakan cakapan mereka, umpatan mereka dan kata-kata mereka.

Apa yang saya kongsikan ni bukan untuk menunjuk-nunjuk yang mental saya ni kuat, tapi supaya menjadi contoh pada Anda untuk memperkuatkan mental, emosi dan spiritual Anda menghadapi cakapan-cakapan orang sekeliling yang menyesakkan telinga, menyakitkan hati. Cara nak mengelak dari orang sebegitu, Anda dengan melupakannya saja, lupa selupa yang mungkin dan jangan diingat lagi. LiveStrong!

Pada permulaan, memang susah nak lupa. Tapi, bila kita melatih fikiran supaya fokus pada impian kita, usaha-usaha kita dan diri kita keseluruhannya, kita akan jadi terlalu sibuk hingga terlupa nak mengingat cakapan-cakapan orang sekeliling. Jadi, jika kawan-kawan Anda mencemuh Anda, keluarga Anda menyisihkan Anda, anggap saja itu sebagai booster pemacu untuk Anda semakin berjaya.

Hasilkan sesuatu yang tahapnya cemerlang, supaya mereka respek Anda, bangga dengan Anda setelah Anda berjaya nanti. Mulakan sekarang!


sumber : imotivasi

Thursday, July 30, 2009

Yang Mana? Biru ke Merah?



S : saya bagi bunga ni khas untuk awak

D : awak bagi utk apa?

S : saja..sebagai tanda persahabatan kita. dan saya mahu awak tahu, awak ada saya selalu jika awak susah atau senang.

D : terima kasih. tapi dua bunga ni kita ke?

S : haah. awak suka biru kan? jadi biru tu awak dan merah tu saya.

D : hehe. thnx. tapi saya suka merah. saya nak awak punya bunga boleh?

S : of coz. awak boleh ambil jika awak mahu. saya akan ambil biru, dan awak ambil merah.

D : iye? tapi saya suka merah. saya ambil awak punya bunga merah boleh?

S : (smiling) ye..awak boleh ambil apa sahaja yang awak suka dari saya.

D : betul? tapi saya mahu apa yang awak mahu. saya mahu kongsi segalanya dengan awak. boleh?

S : wah...tidak terfikir saya. sebenarnya awak mahu bunga yang saya mahu kan? hm...saya faham. terima kasih awak. sebab mahu kongsi segalanya2 dengan saya. bunga ni, tanda persahabatan kita. dan bunga ini hanya untuk kita.

D :

Indahnya persahabatn seperti indahnya kita melihat bunga2 ditaman..tapi? kamu dah col atau mesej dia ke? dah lama tak tahu berita tentang dia. dia sihat ke, tidak ke, atau dia sekarang dah berumahtangga?

bukan hanya sahabat..namun juga buat saudara terdekat. kamu tahu? langsung tidak rugi untuk menymbung silaturrahim. merasa nikmatnya hidup bersama seorang teman. walaupun dia itu cuma adik kandung kamu.

teringat saya. dulu dengan adik2, memang asyik mahu bergaduh. tapi..sekarang, bila tidak bersua, sudah terasa rindu. sekarang semua sudah sambung belajar. ada yang sudah berkerja. memang tak boleh bersama selalu. jadi, hargailah masa bersama. walaupun sekejap.

jangan gaduh2 lagi tau. memaafkan memang susah. tapi lagi menyesal jika kamu tidak memaafkan nya saat dia sudah tiada disisi...

Friday, July 24, 2009

Mesti Sama ke?


assalamualaikum semua. dah lama sangat x update blog ni. kamu sihat? jaga kesihatan. yg paling penting, jangan biarkan apa2 pun menyakiti hati kamu. sebab bila kamu sakit hati, kamu akan dihidapi penyakit yang lain. kamu tak boleh buat kerja dan sebagainya.

tadi saya dan kawan2 dalam satu kumpulan membincangkan tentang filosofi psikologi. kamu tahu filosofi (philosophy). ia ilmu yang membincangkan perkara2 yang hampir mustahil untul difahami. contohnya, apa ertinya jadi manusia? jadi manusia itu mesti berfikiran rasional, kreatif dan bertamadun. manusia dicipta ada imaginasi dan impian. itu yang membezakan manusia dengan binatang. manusia juga ada roh dan tanggungjawab sebagai pentadbir bumi ini berpandukan Quran dan sunnah. hm...tapi, sekiranya manusia itu yang mentadbir, kenapa manusia juga yang merosakkannya? > soalan philosophy..jawab2.

malam ni saya mahu berfikir secara philosophy juga. saya teringat ayah saya. dia sangat suka dengan perniagaan dan tamadun melayu. dia cakap, kita ditindas sebab melayu sendiri tak mahu bangun bertindak. hm..agak2 nya, betul ke? saya? bg saya, betul juga. tapi bg orang lain? terpulang pada pendapat masing2. agaknya, apa yang kita rasa dan fikir, betul kah? siapa yang menentukan betul atau tidak?

contohnya, saya berpendapat saya ni suka sangat tolong orang lain. malah masa rehat saya pun, kadang2 saya beri pada orang lain. saya juga sangat suka gembirakan orang lain. mendengar kisah2 mereka dan seorang motivator yang baik. bukti? ada..saya ramai kawan. saya juga selalu diberi kepercayaan oleh org yg ada masalah untuk mereka menceritakan ttg masalah mereka. tapi ada orang ckp, saya ni suka cari alasan. alasan untuk melakukan sesuatu yang saya tidak berapa mahu. tapi benarkah saya tidak mahu? hanya kerana saya memberi alasan yang munasabah? perasaan saya? saya mahu..tapi sekiranya ada alternatif lain, mungkin saya tidak mahu lagi. kamu faham?

jadi saya bertanya pada diri. adakah fikirannya yang mengatakan saya sebenarnya tidak mahu hanya kerana alasan yang saya rasa munasabah itu, harus saya pertimbangkan kerana dia adalah manusia seperti saya? yelah..semua orang berpandangan berbeza. mungkin dia fikir, dengan alasan itu, saya tidak mahu. tapi bila ditempat saya, alasan itu adalah alternatif yang lebih mudah.

jadi saya berpendapat, manusia itu, berhak fikir apa yang dia rasa betul. tapi bila satu masa, dia perlu ubah fikirannya itu berdasarkan fikiran orang lain yang tidak sama dengan dia. jika kamu ada kawan, dia ajak kamu pergi kemuzium. kemudian dia menolak. tapi kamu merasakan muzium itu sangat penting sebab dapat belajar sejarah dan tamadun untuk perbangunan insan. adakah kamu akan kata dia itu jenis yang tidak peduli dengan pembangunan insan, iaitu dirinya sendiri? saya rasa, tak patut. sebab, dia ada alasan tersendiri, mengapa dia tidak mahu pergi kemuzium. dan itu lah manusia. pelbagai ragam dan fikiran.

apa yang penting, andai berpeluang, kamu boleh ubah fikirannya dengan daya persuasion(pujukan). cara yang lebih berhemah. kerana, pandangan dan perasaan seseorang adalah hak tersendiri. so? memahami dan cuba pujuk dia untuk terima pandangan kamu. jadi, semua orang boleh hormati pandangan masing2 dengan berlapang dada walaupun kamu dan dia berbeza..insyaallah..

PEACE SHA!