Showing posts with label perihal diriku. Show all posts
Showing posts with label perihal diriku. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

SOMETIMES....



i just feeling tired and stress today. talking about assignment, report and final exam all days make me bz. and i have some responsibilities to be fulfilled. ahh! those are hard sometimes. BUT it is SOMETIMES. not always! i try to have  positive reasons for myself and for them. i try to make the situation, positive. BUT???? it is just
SOMETIMES........i just want some motivations. i'm ordinary person. sometimes have positive thinking toward all difficulties and tests that have given by ALLAH. but sometimes, when it turn worst, i cannot hold it anymore. i just need some encouragement and advice about SABAR and TAWAKAL. i'm not intentionally blaming others. but.......
i'm tired of these. may i have some affections, so that i'll think that this feeling is only temporary? perhaps YES. these all will be ended. what i need is, to SABAR and DUA. ZIKR and pay attention on your IMAN. it is decreasing...i just need a word to be strong. i just need a word to be patient. i just need a word to relieve from my stress. I'M ONLY A HUMAN..I JUST NEED THAT..

ahh! i'm giving motivation to myself..SOMETIMES, this is better. yes..SOMETIMES..

i feel little bit relieve now. maybe i wrote it on typing. and there is no feedback. alhamdulilah.. but, i never want to hurt anybody. because i love all..

but only then, give comment after i relieve...thanks...

Tuesday, October 13, 2009

jangan naik tangga tu. nanti jatuh!


ini lukisan adik. dia ini mmg suka melukis


sesaat di cafe HS tu terasa sempit nafas. penuh, bising, ramai. semunya mahu menilmati hidangan saat baru pulang dari kuliyah ptg. aduh..letih benar harini.

convocation sudah usai. tertanya2 juga siapa dia jadi pelajar terbaik diuniversiti ini.

"dengar2 budak HS. singaporian. yg putih2 tu. dia MRC and sgt active"

saya mendengar " hah? fadh ke? dia mmg hebat. major psychology tapi mantap"

seorang adik memintas. " no wonder boleh jadi best student"

hati rasa xsedap. " apa maksudnye"

"yelah. kawan saya amik psychology. dapat A. dia terror." dia selamba.

" kawan adik tu dah major belum. sapa kata psychology senang tuh? terror nye."

"dia belum major. tpi dapat full mark."

" huh. dia belum major lagi dik. dah major nnti dia tahu la langit tinggi ke rendah"

dia cume diam..

aku terfikir, amat mudah untuk kita memberi alasan untuk org lain. "dia itu dapat tinggi markah sbb dia baik dgn sir." dia itu malas pergi kelas. sbb tu fail", "dia itu degil, xtahu malu. sbb tu dia mudah je nk masuk penjara""dia itu dapat jadi pelajar terbaik sbb dia amik course yg mudah. apa subject yg mudah dlm dunia ni? bgth sikit.......fikirkan..kamu pernah bicara begini pada seseorang?

kata2 itu negatif. namun, itu yg sering kita buat pada org yg paling kita sayang. " kau malas gi sekolah sbb kau malas. mmg kau ni degil. xmau dengar ckp org" ini tujukan pada adik.

" awk ni, mmg saja lambat datang jemput saya kan? sbb tgk perempuan lain. ntah tersesat dimana ntah" ini untuk suami.

if untuk tunang pulak? kawan? hm...maafkan diriku andai begitu..

sedar atau tidak. seringkali kita ucapkan ini. dalam dakwah pun, ramai antara kita yg lebih menggunakan kata negatif seperti; kau jangan buat ini sebab ia haram. nnti kau masuk meraka. kau tak boleh itu, kau xleh yg sana, yg sini dan pelbagai jangan lagi. org yg baru2 nk faham Islam pn naik takut. bicara lah ttg syurga..agar sejuk hatinya..

tapi apa yg telah digunakan dlm western hari ini? mereka menggunakan pendekatan "reinforcement" iaitu menyatakan benda yg positif. contohnya. "adik, kalau mahu naik tangga itu, berhati2." instead of ckp " jgn naik tangga, nnti jatuh". andai mahu dia tahu, terangkan lah seeloknya agar dia faham. "sekiranya tidak berhati2 nanti akan jatuh"

atau mgkn bila seseorang itu buat baik, kita akan ckp " hm..bagusnya. ini lah yg betul." instead of xckp pape langsung.

jika ade yg buat salah, ckp lah " kenapa dia begitu?" instead of "alaa..dia bukan xtahu. tapi saja buat tak tahu" (terus meletakkan reason pada org tu. padahal dia xckp pape pn.kita ini manusia. bukan semua perfect. andai salah, tegur baik2. andai betul, bgth lah agar ada semangat untuk terus buat benda tuh.

Rasulullah pn ajar kita bagaimana untuk tidak negatif pda org2 yg buat salah dan susah terima kebenaran. rasulullah tegur dgn hikmah dan doa. moga2 kita dapat amalkan itu. amin


p/s : cik ST, ana minta maaf..sbb ckp negatif pada mu...

Sunday, October 4, 2009

Kadang2 aku tak tahu kalau kamu tak beritahu




Bismillahirahmanirahim..assalamualaikum kamu semua. amacam harini? sihat?

alhmdulilah. wlupun agak sukar dengan kerja yg bertimbun, namun Allah permudahkan jua dengan pelbagai hikmah. itu lah kuasa tawakal dan berserah pada Allah..

saya dh temuramah counselor. wlupun hanya counselor, namun dia still seorg psychologist. sy gi inerview MDM NORAINI AHMAD. kamu kenal? dia agak seorang yg famous dulu. banyak menerbitkan buk dan terbit di TV. tidak semena2 sy sedikit sebanyak mendapat counseling dari nya. rasa semakin bersemangat rasanya untuk belajar psikologi. hehe

dalam sedang bingung mencari erti, mdm rupanya sedang menilai..aduh! terlupa pula dia itu seorang kaunselor yg belajar ttg manusiawi. bagaimana harus ku lupa itu.

" saya tgk awk seorang yg boleh memimpin. dengan tidak bersedia tanpa apa2 soalan ditangan pun awk boleh selamba berjumpa dengan saya. itu tandanya awk boleh berjaya. lupakan masalah awk. sekarang ni, wlu apa ketakutan, fobia dan segala kekurangan yg awk rasa, awk mesti hadapi. baru awk tahu setakat mana awk boleh pegi. sekarang awk tgk diri awk. tadi awk kata awk takut nk jumpa sy kan? sekarang awk sedar x sebenarnya awk sedang selamba interview sy. itu maknanya awk seorg confident. cuma nya awk tidak berani menerobos kelemahan yg awk rasa itu"

haha..saya cume senyum...benarkah aku begitu?

ya! kdg2 kita tidak tahu dgn diri kita sehingga ada org memberitahunya. andai buruk, terima dan ubah. andai baik, syukur dan bantu pula yg lain. insyaallah...

hidup sebagai seorang muslim sekaligus belajar tentang manusia, acapkali buat diri ini pening. namun dari pengalaman orang lain, itu menjadi sebahagian motivasi pada diri. sekurang2 nya wlupun tidak melalui, masih memahami apa yg dirasai oleh mereka.

buat diri ini dan kamu, lekas2 muhasabah diri. kadang2 sgt penting untuk tahu apa kekuatan dan kelemahan kamu. senaraikan dalam kertas dan senaraikan juga apa yg kamu mahu. tentu kamu akan nmpak jalan sukar jadi mudah. insyaallah. jgn lupa juga dekatkan diri pada Allah. kerna hanya Dia segalanya. selamat maju jaya. buat ku juga..(^_^)

p/s: aku kini, akan hadapi semua rasa tidak yakin itu. kerna aku mahu jadi hebat. ya! jadi muslimah yg hebat.

Thursday, September 10, 2009

Tak kan nak kasi lagi kot mdm ni?


"Banyaknya keje mdm.."saya dengar suara org belakang samar2. merungut...
"banyak lagi assignment lain nih.."

saya hanya diam. dlm hati ntahlah. terasa mcm satu berita yg sgt2 memritkan kami tatkala di ambang nk balik kampung untuk beraya ni. bukan sbb raya pn, tapi sbb assignment yg diberikan agak mustahil disamping assignmnet dan report experiment yg lain. ada 3 task lagi kami kene buat. salah satunya adalah interview psychologist. PSYCHOLOGIST?? kami sgt terkejut. kerja yg sgt seronok tpi masa yg diberi sgt singkat.psikologist di uia ni bukan ramai. hanya 5 org je dlm department psikologi. yg lain semua adalah lecturer.aduhai..

pulang dari kelas, bermacam2 ada dlm fikiran. ramadhan hampir berakhir. tpi bila terlalu banyak kerja perlu disiapkan, sudah tak terasa manisnya ramadhan ni. hati ini berkira2 untuk bercuti di kmpung sebentar saja. nmpknya kene berkorban sikit.

usai solat, hati ini semakin rapuh. tidak tahan lagi untuk menangis. ya Allah, bebannya terasa sem ni. dakwah sudah tidak sekerap dulu. adik2 yg biasa saya tanya khabarnya kini terpaksa di abaikan sebentar. bukan sengaja.

sedang di sejadah, hati masih dirundung resah. ahh! ini baru sedikit sha! baru menjadi seorang student psikologi. belum menjadi seorang pakar seperti yg diidam2kan..

saya terus berdoa. sememangnya tiada kekuatan melainkan Allah.

ya Allah, ampunilah hambaMu yg hina ini. berilah kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi mehnah dunia ini. wlupun ia nya hal yg sgt duniawi. namun tiada dapat hamba perbuat jika tanpa kekuatan darimu. air mata sudah xdapat ditahan. terasa teruknya diri ni. lantaran kesusahan baru memohon begini. bila senang, apa sgt pengobananku? ya Allah, ampunilah.

satu malam...

"akak belajar psikologi di uia, boleh keje kat hospital x nanti?" ayah ligat mengira2 daun pisang yg akan diberi pada Cina Ah cun. "boleh. tapi ken smbung master. akak mmg nk keje kat sana pn. jadi pakar klinikal psikologi" saya merenung wajah ayah smbil senyum beria2 bahawa saya benar2 mahu jadi tu.


"ayah suka kalau akak jadi doktor psikologi. kesian ayah tgk org2 yg tertekan kat luar sana. yg penting, sebenarnya adalah Islam. jadi budak uia, tentu saja belajar dari sudut Islam kan?" ada urat2 yg timbul sana sini ditangan ayah. wajahnya tenang walaupun dia ini seorang pemikir.

"insyaallah ayah. mmg di uia, lecturer sgt amik berat ttg ni. mahu Islam juga ada dlm psikologi. kita dah banyak sgt tgk barat conquere fikiran kita. agama mcm dh jadi nombor dua"ayah doakan lah ye. agak susah. tpi itu mmg cinta2 akak pn."


"insyaallah. ayah ni, kalau anak2 ayah mahu, ayah bagi. malah ayah akan cuba sedaya upaya untuk tanggung selagi ayah boleh" ayah berhenti lipat daun pisang. tanganny acapai air kopi atas meja.

"kalau akak dah kahwin pun, suami xmampu, ayah akan bantu juga bila nk smbung master nnti"

ayah renung saya dalam. seperi ada cahaya harapan di wajahnya.

" insyaallah ayah. akak akan cuba. tapi akak rasa akak mhu tanggung famili dulu." tapi akak janji akan smbung master.

"yelah..tapi belajarlah selagi boleh ye"

saya masuk bilik selepas minta izin pada ayah. masih termangu memikirkan harapan ayah.

bila terasa susah sem ni, saya tahu sebenarnya ini semua dugaan dan ia mahu beri kenangan manis buat saya bila habis belajar nnti.

ahh..terkenang ayah..seorang yg bercita2 tinggiwlupun pelajarannya tidak seinggi saya.

ya Allah, moga ada kekuatan dari mu..aku yakin, itu.

apa yg saya kene buat lepas ni? hentikan tangisan, plan dgn teliti dan penuhi jadual2 dengan aktiviti untuk menyiapkan semua benda2 tuh. tapi jgn lupa untuk tmbah amaln serta tolong mak nnti.

dakwah pn mesti masukkan sekali, moga2 berkat..amin..

moga2 ayat ini memberi peransang pada saya dan kamu juga..surah al-baqarah ayat 286.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (kemampuannya). dia mendapat pahala dari kebajikan yg dikerjakannya...."

jadi saya tahu, saya sebenarnya boleh. usahlah terlalu sedih. tentu ada jalan keluar. fikirkan baik2 dan ambillah masa utnuk merancang dan laksanakan kerja2 itu dengan baik. moga2 dipermudahkan..

* aku: wlupn clinical psychologist xsemetinya keja di hospital, tpi sejak dulu aku mahu keje disitu..


Friday, September 4, 2009

SEDIHNYA..

Salam semua..moga ceria..
harini xceria langsung..
Ya Allah aku sgt sedih..
rasa ingin menangis saja.
semalam exam..hari ni ade dua exam lagi.
tadi entah macam mana kaki pulak terseliuh. lutut ni dah rasa mcm bengkak sgt.
sedihnya...
perasaan ini adalah kurnia Allah..
berfikirlah positif sha..semua nye akan jadi sedia kala.
muhasabahlah dirimu
usah jadi org sombong
usah benarkan sifat mazmumah merebak dalam hatimu
maafkanlah dirimu
dan berazam lah untuk jadi lebih baik selepas ini.
belajar lah untuk berbicara dengan kasih sayang.
manusia itu dijadikan pelbagai rupa dan akhlak
andai tidak kene dengan diri mu, bersabarlah dan tunjukkanlah akhlak yg terbaik
kerna bersabar itu lebih baik
mereka juga punya personaliti dan pendapat masing yg ingin dihormati oleh org sekeliling mereka.
seperti dirimu, mereka juga tidak berniat untuk menyakiti hati mu
dan tentu nye aku juga tidak mahu sakiti hatimu lebih2 lagi dirimu
moga Allah berikan mu petunjuk
dalam menghadapi perbezaan ini
andai ada persamaan, bersyukurlah
andai ada perbezaan, berlapang dada lah
moga masih kukuh hubungan yg sudah sedia ada
xsalah untuk berkorban hanya kerna sebuah pendapat yg berlainan...

Tuesday, August 25, 2009

Manage Well and Get your Life Calm

assalamualaikum..dan salam ramadhan buat semua..

ramadhan sudah 3 hari berlalu. alhamdulilah, walaupun masa seperti tidak mengizinkan untuk berlama-lamaan untuk berehat, namun ini lah satu didikan untuk diri kita agar benar2 menghargai masa. yelah..ramadhan bukan selalu. sekarang la masa untuk bersungguh2 beribadah dan didik nafsu. insyaallah (^_^)

sudah 2 minggu saya asyik sibuk. minggu lepas, mak lang yg disayangi telah menemui Allah. moga dia dirahmati selalu disana. saya juga kene menziarahi orang sakit. kadang2 mesti kene luangkan juga masa untuk orang2 yg kita sayang. walau sibuk mana pun. hm..program di universiti, usah cakap lagi. sibuk..tapi moga dipermudahkan. studi must go on. mengajak orang buat kebaikan juga mesti istiqamah. alhamdulilah. saya semakin tenang.

semalam ketika saya sedang sibuk menyiapkan report experiment, datang seorang junior, minta diajarkan subject fisiologi psikologi. agak sukar sebenarnya untuk membantu nya sedangkan saya juga masih banyak kerja. dengan bilik yang sedikit tidak terurus dan tersusun, saya buka hati saja untuk adik ni. moga2 dgn bantu org lain, hati saya makin tenang, kerja pun makin mudah. alhmdulilah..memang mudah. ramadhan ni, tak mau bicara banyak...

kamu bagaimana? sudah stabil kah semua kerja dan tanggugjawab? daripada apa yg saya perhatikan dan belajar, kita ni kdg2 terlupa benda yg remeh temeh bila banyak kerja.
contohnya basuh baju, tukar cadar dan kemas rak buku. waktu minggu lalu, ada2 saja kawan yg datang ziarah. meluahkan masalah dan saja2 berbual..habis tuh, dah dengan bilik cmtu, mcm xselesa pun ada. kita sebagai tuan punya bilik pn cm rimas, apatah lagi org lain.



glitter-graphics.com
tenangnye tgk gmbar ni..


sebelum ni, biasa saja, tapi dah banyak sgt kerja. adoi..tapi xpe..last2, saya senaraikan apa yang saya kene buat. dari hal yang paling penting, samapai yg xberapa penting. dan sy semakin stabil..

dalam bulan ramadhan ni, tidur jadi xtentu..tapi yg enaknya bila bersunyian2 di waktu sepertiga malam..moga sentiasa dlm redhoNya.

so? manage masa well..jgn biarkan masa tanpa berbuat apa2. sekarang masanya untuk mendidik diri! all da best semua.


Friday, July 24, 2009

Mesti Sama ke?


assalamualaikum semua. dah lama sangat x update blog ni. kamu sihat? jaga kesihatan. yg paling penting, jangan biarkan apa2 pun menyakiti hati kamu. sebab bila kamu sakit hati, kamu akan dihidapi penyakit yang lain. kamu tak boleh buat kerja dan sebagainya.

tadi saya dan kawan2 dalam satu kumpulan membincangkan tentang filosofi psikologi. kamu tahu filosofi (philosophy). ia ilmu yang membincangkan perkara2 yang hampir mustahil untul difahami. contohnya, apa ertinya jadi manusia? jadi manusia itu mesti berfikiran rasional, kreatif dan bertamadun. manusia dicipta ada imaginasi dan impian. itu yang membezakan manusia dengan binatang. manusia juga ada roh dan tanggungjawab sebagai pentadbir bumi ini berpandukan Quran dan sunnah. hm...tapi, sekiranya manusia itu yang mentadbir, kenapa manusia juga yang merosakkannya? > soalan philosophy..jawab2.

malam ni saya mahu berfikir secara philosophy juga. saya teringat ayah saya. dia sangat suka dengan perniagaan dan tamadun melayu. dia cakap, kita ditindas sebab melayu sendiri tak mahu bangun bertindak. hm..agak2 nya, betul ke? saya? bg saya, betul juga. tapi bg orang lain? terpulang pada pendapat masing2. agaknya, apa yang kita rasa dan fikir, betul kah? siapa yang menentukan betul atau tidak?

contohnya, saya berpendapat saya ni suka sangat tolong orang lain. malah masa rehat saya pun, kadang2 saya beri pada orang lain. saya juga sangat suka gembirakan orang lain. mendengar kisah2 mereka dan seorang motivator yang baik. bukti? ada..saya ramai kawan. saya juga selalu diberi kepercayaan oleh org yg ada masalah untuk mereka menceritakan ttg masalah mereka. tapi ada orang ckp, saya ni suka cari alasan. alasan untuk melakukan sesuatu yang saya tidak berapa mahu. tapi benarkah saya tidak mahu? hanya kerana saya memberi alasan yang munasabah? perasaan saya? saya mahu..tapi sekiranya ada alternatif lain, mungkin saya tidak mahu lagi. kamu faham?

jadi saya bertanya pada diri. adakah fikirannya yang mengatakan saya sebenarnya tidak mahu hanya kerana alasan yang saya rasa munasabah itu, harus saya pertimbangkan kerana dia adalah manusia seperti saya? yelah..semua orang berpandangan berbeza. mungkin dia fikir, dengan alasan itu, saya tidak mahu. tapi bila ditempat saya, alasan itu adalah alternatif yang lebih mudah.

jadi saya berpendapat, manusia itu, berhak fikir apa yang dia rasa betul. tapi bila satu masa, dia perlu ubah fikirannya itu berdasarkan fikiran orang lain yang tidak sama dengan dia. jika kamu ada kawan, dia ajak kamu pergi kemuzium. kemudian dia menolak. tapi kamu merasakan muzium itu sangat penting sebab dapat belajar sejarah dan tamadun untuk perbangunan insan. adakah kamu akan kata dia itu jenis yang tidak peduli dengan pembangunan insan, iaitu dirinya sendiri? saya rasa, tak patut. sebab, dia ada alasan tersendiri, mengapa dia tidak mahu pergi kemuzium. dan itu lah manusia. pelbagai ragam dan fikiran.

apa yang penting, andai berpeluang, kamu boleh ubah fikirannya dengan daya persuasion(pujukan). cara yang lebih berhemah. kerana, pandangan dan perasaan seseorang adalah hak tersendiri. so? memahami dan cuba pujuk dia untuk terima pandangan kamu. jadi, semua orang boleh hormati pandangan masing2 dengan berlapang dada walaupun kamu dan dia berbeza..insyaallah..

PEACE SHA!

Tuesday, May 5, 2009

METAFORA

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naif untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

by: NICE

Wednesday, April 15, 2009

Life Is An Open Secret


salam... birthday saya yang lepas, saya dapat hadiah dari cik ST. dia hadiahkan saya sebuah buku yang sangat best. jom tengok! kamu pun mesti suka.


ia adalah hasil penulisan Sister Zabrina. (sila klik untuk ke web dia).

kat sebelah ni lah book cover dia. ia adalah sebuah buku motivasi berbahasa inggeris. sangat simple penulisannya. saya sudah pun baca. walaupun belum habis lagi, tapi saya rasa buku ni sangat praktikal. simple, mudah untuk difahami dan sangat clear.

ia bukan macam sesetengah buku motivasi yang terlalu ber fakta. tapi Sister Zabrina menulis semua ni berdasarkan pengalaman beliau. jadi seolah2 kamu sedang membaca sebua cerita dari seseorang. menarik kan?

so apa lagi? jom la kita baca ramai2. sambil berehat minum air vico. MySpace

Friday, April 10, 2009

Tag Dari Adik Mira yg Comel sangat (^_^)


Salam ceria semua! MySpace


kukegirangan kerana exam hampir tamat dan boleh lah menyambung motivasi lagi. hehe

dan adik mira yg cute sgt telah tag saya. hehe. comel betul dirimu. tapi xtahu umur. nnti akak tanye ye.





Upload yg anda gemari dan jawab soklan dibawah




Kenapa anda suke gambar ini?
entahlah..mgkin sebab 7hb hari tu ialah tarikh lahir saya. dan sy dapat sebuah buku yg sgt best dari cik ST. hehe...
nnti sy cerita buku apa tau.

Bila kali terakhir mkn pizza?
wahh...rasanya dah lama xmakan. boikot! hehe. semoga istiqamah. boikot juga pemikiran dan ajaran zionis ye MySpace

Lagu terakhir yg anda dengar?
haha..mcm ade kene mengena je ngn blog nih. sy dengar lagu inpisrasi hatiku dari de hearty. jgn marah ha~

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
hoho..petang satgi exam..selamba je siapkan tag nih. adik mira! adik kene bertanggungjawab nih kalau akak jadi pape MySpace lagi satu cik ST suruh kejut dia. tido waktu tghari..elok ke? hehe

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

hm..
*kakak~ panggilan kat rumah..rasa cm manja je kalau ayah yg pggil. heh
*syahid~ dulu kt sekolah org pggil nama ni.
* sha..sampai sekarang pn masih pggil sha (^_^)



Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

susah jugak nih. kawan2 ku ramai yg serius2 dlm blog diorg..haih..

1- Dya
2- syaima'
3- Ateh
4- Cik ST
5- su
6- adik izzah

Siapa no 1 pada anda;
dya ialah sahabat perjuangan. kagum ngn penampilannya yg berubah jadi baik giler. dulu pn baik. tpi kitorg pernah bertumbuk..hehe..dlm gelanggang taekwondo. jgn slh faham ar..

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
hah? xfaham la soalan nih. mana la sy tahu ateh ada hubungan ngn sape. ngn parents dia la. huahua

Kata sesuatu berkenaan org no 5;
nice fren. sygggggggg sgt kt dia. seorg yg menghargai dan loving



Bagaimana dgn org no 4?
ohoho..cik ST ni budak nakal. tpi baik giler dari segi ilmu agama. kalau tag dia nih, confirm dia xletak kt blog dia punye. jgn marah ye cik ST.

Siapa org no 2?
syaima' ni budak nakal sgt. tpi ade ke dia kata sy yg ajar dia jadi nakal? ish2..ku bertuah bertemu dengan mu wahai adikku syaima'...hehe

Bagi pesanan pd org no 6;
hehe..kalau kt tag adik mira, no 6 ialah sy. dia suruh sy ceria selalu. hm..untuk adik izzah..semoga dirimu tabah selalu dlm mengharungi kesusahan hidup. walapun kita jauh giler..tpi dirimu tetap menjadi pujaan hatiku. huahua


pasni nak kene buat soalan tag yg bermotivasi sikit. disamping tahu peribadi kita. insyaallah. semoga ceria selalu buat semua. syg kamu!