Surat Buat Diriku yang Sedang Mencari Tenang
Assalamualaikum wahai diriku yang sedang rasa sedih,
Yang sedang keliru, dan tak tahu kenapa hati terasa begitu berat.
Tapi kerana aku tak mahu terus hanyut dalam rasa yang menyesakkan.
Ingatlah…
Bahagia itu bukan hanya pada hari-hari besar,
Tapi juga dalam senyuman kecil si anak,
Dalam rezeki yang cukup walau tak berlebih,
Dalam waktu solat yang sempat, walau sekejap cuma.
Jangan biarkan keluhan menutup rasa syukurmu.
Biar lelah, tetaplah bersyukur.
Kerana syukur itu penenang yang tak dapat dibeli.
Suatu hari nanti, bila rasa bahagia datang — walau hanya sekelumit,
Semoga kau masih mampu tersenyum dan berkata:
"Alhamdulillah, inilah nikmat yang aku pernah doa dan lupa bersyukur waktu susah dulu."
Teruslah percaya pada jalan Allah,
Kerana takdir-Nya tak pernah silap, hanya belum lengkap.
Tenanglah, kerana Tuhan masih bersamamu.
Yang selalu doakan kebaikan untukmu,
Aku.
Nota syada 10 mei 25
0 comments:
Post a Comment