Showing posts with label minda. Show all posts
Showing posts with label minda. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

Setiap Saat Adalah Kenangan yang Memberi Motivasi

assalamualaikum. salam ceria semua! hehe..ceria nye hari ni.MySpace
sebab semalam dapat ku meluahkan segala perasaan yg pernah terbuku dihatiku. tentang kisah zaman kanak2 yang terasa sangat dewasa sbb dari kecil dah kene berdikari... MySpace

kamu percaya tak? bahawa semua manusia ada perkara yg dia tidak mahu ingat sepanjang hidupnya? saya percaya sgt. sebab saya juga ada perkara yg saya tidak mahu ingat. kalau ingat je rasa geram, marah, kecewa, sedih malah hilang rasa keyakinan diri.

semalam saya makan dengan sahabat lama. entah bagaimana kami menceritakan tentang kesusahan dan keadaan kami waktu sebelum habis sekolah. membantu ayah dan ibu, pergi bercucuk tanam untuk jualan di pasar, bermain dengan kawan dibawah pokok tembakau, mandi sungai dan...jadi budak nakal yang suka main dengan budak laki dan degil sangat.huhu (saya la tuh. kawan sy x pun (^_^)V peace!) MySpace

lepas tu jumpa kak Ida. kami berbual lama. tentang perkara yang kami tak nak ingat, perkara yang best...dan macam2 lagi. terutama nye tentang kasih sayang dan cinta. hehe. zaman kanak2 adalah zaman yang paling penting tau! nanti saya bagitahu kenapa ia penting di post yang akan datang.

sekarang ni bila dewasa (sudah dewasakah aku? heh), banyak tugasan, tanggungjawab dan perkara yg perlu difikirkan. jika kamu dan saya duduk dan fikir sejenak tentang zaman sekolah dulu dan zaman sebelum kita jadi se dewasa ini. saya kadang2 bertanya juga pada diri. adakah saya yang sekarang, sama dengan yang kelmarin atau yang dahulu..sy tanye parents saya. saya ni dulu bagaimana..tanya kawan2, sy ni org nye bagaimana..baru saya tahu. banyak perkara baik yang ada dulu sudah hilang dari diri saya. ada jugak perkara buruk dari diri saya sudah hilang bila saya dewasa sekrang.

kamu tahu x..sebenarnya hidup ni umpama memandu kereta. kamu dan saya memandu di sebuah jalan menuju sebuah destinasi. kereta ada cermin belakang, depan dan sisi. kalau kamu dan saya memandu kereta tu, kamu kene pandang cermin belakang, sisi dan depan jugak. ibarat nya kamu masih memandang masa silam kamu untuk kamu belajar daripadanya. kamu tidak boleh asyik pandang belakang, asyik menangisi kesilapan lalu tapi pandang kehadapan. destinasi kamu belum sampai. MySpace

hidup mesti terus. luka semalam kamu ubati lekas2. biar tidak terseret sekali bila kamu ingin meneruskan perjalanan hidup kamu. bila mahu memulakan perjalanan, bekalan seperti ilmu, pengalaman sendiri dan orang lain, harus kamu bawa sekali. jangan lupa juga perancangan yang rapi. jika hidup tanpa perancangan dan matlamat, kamu tidak tahu kemanakah arah tuju kamu. jadi kamu berjalan sahaja tidak kira apa nama tempat itu. nanti kalau tersesat di tempat yang berbahaya, bukankah kamu sudah menempah sakit disitu?

jadi apa kesimpulannya? kamu dan saya, melihat kembali masa lalu untuk kamu dan saya perbaiki lagi diri. dan jika ada terkandas dimana2 ketika sebelum ini, kamu dan saya akan cepat2 selesaikan dan teruskan perjalanan. jangan lupa perancangan dan matlamat destinasi. pastikan matlamat kamu itu jelas dan di lakar dalam minda dan perbuatan. insyaallah. hidup kamu dan saya tentu lebih ceria dan sentiasa pandang positif walaupun ribut hujan batu melanda negara. MySpace

mulai hari ini. fikir kan perkara yang indah dimasa lalu dan bawa ia kemasa sekarang. lepas itu, fikirkan perangai buruk kita dan apa2 sahaja yang tidak baik, perbaiki dan tinggalkan. sebab nanti berat lah kereta kita MySpace

lastly..semoga kamu dan saya ceria selalu. salam kasih dan sayang buat semua pembaca. hehe MySpace

Thursday, February 26, 2009

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir

bimillahirahmanirahim..

2 minggu lepas saya demam. saya kalau sekali demam memang lama sikit. maklumlah tidak selalu. kalau kene setahun sekali sahaja. itu pun selalu nya disebabkab keletihan atau stress dengan kerja tertentu. apa yang saya nak cerita, dalam keadaan demam yang kuat tuh, saya harus melawat seorang sahabat di Penang. kalau ikut kan, Selangor ke Penang tu jauhhhhhh..... tapi disebabkan janji dan rindu saya pada dia, saya turutkan jugak kata hati. badan menuntut untuk rehat sahaja di kolej. tapi terlalu lama saya tidak bertemu dengan beliau. minggu itu sahaja saya bepeluang berjumpanya. kesibukan dengan program di Universiti dan kerja2 kuliyah tidak membenarkan saya terlalu bersenang lenang.
back to the point, Kita adalah apa yang kita fikir. hm...saya sebelum pergi kesana, saya sudah set kan minda saya. saya fikir yang saya mampu meredah perjalanan jauh tu walaupun sahabat saya tadi melarang. saya kata, saya mampu dan saya belum ketahap yang teruk (padahal badan sudah sangat panas). alhmdulilah. saya memang boleh pergi kesana dengan mudah. walaupun sikit keletihan.

apa yang ingin saya katakan disini? apa yang kita fikir, itulah yang akan mendorong kita. jika kita fikirkan kita mampu, maka kita mampu. saya faham ada dikalangan kita malah adakalanya saya sendiri pun pernah memberi "alasan" apabila kita dalam keadaan ada masalah. contohnya bila kita terpaksa menyiapkan kerja yang banyak. tambahan lagi kita ada masalah dirumah yang masih belum selesai. mulalah, kita kata dalam hati " Ahh! aku ini tengah ada masalah, stress, orang stress selalunya tak boleh siapkan kerja. orang stress tak mampu nak uruskan masa"

hm...cuba kita fikir begini, walaupun aku ada masalah lain, aku akan tinggalkan sebentar diluar kelas, atau diluar pejabat. sekarang, aku harus siapkan kerja dulu. insyaallah aku mampu handle semua ini. nanti kalau aku xbuat, bos atau pensyarah marah. sudah jadi double stress!..jadi lebih baik aku bahagi masa untuk selesaikan 2perkara ini.

saya bercakap dari konteks daily life. yang adakalanya kita selalu kata kita xmampu, kita xbersedia. tapi cuba untuk berfikir positif. seorang yang mendapat musibah dan kesusahan, apabila dia berfikir masalah itu adalah seronok, dia akan seronok dalam menghadapi masalahnya. kalau dia berfikir negatif, maka negatif jugak lah cara dia menghadapi masalah.

jadi, kesimpulannya, fikirlah untuk menjadi hebat dan positif. jadikan impian ini terus melekat dalam minda bawah sedar kita. kajian menunujukkan, minda bawah sedar atau separuh sedar ini akan menyebabkan kita mudah untuk mencapai cita2 kita. kerana minda ini lah yang akan guide minda sedar unutk kearah itu.

bila ada masalah, ingat! mesti fikir positif. hati mesti kuat dalam mengahdapi segala kesulitan. walaupun badan ini sakit, tapi jika kita fikir ada perkara yg memerlukan perhatian kita, percayalah, automatik, badan ini akan tidak terasa sakitnya..

wallhualam..semoga ceria selalu (^_^)