Thursday, April 2, 2009

Showing Love


glitter-graphics.com

salam ceria semua. semoga kamu semua ceria lagi dan lagi dan lagi. hehe..saya nak bagi LOVE kt sape2 yang datang blog ni dan jadi kawan saya. boleh kan?


khas untuk kamu..hehe

hari ni juga. ada seseorang cakap blog kata2 ni saya ambil dari imotivasi website. eh? xdelah. ini kata2 original tau dari saya. xpelah. itu maknanya, blog ini dah mcm blog motivasi. terima kasih B. hehe MySpace

SHOWING LOVE..

saya waktu kecil2 dulu xpandai menunjukkan kasih sayang. waktu sekolah menengah ada sahabat baik saya bagi surat. dia mahu pergi kursus yang lama jugak. jadi kami xkan berjumpa untuk masa yang lama. yelah..dah selalu bersama. gi mana2 pun sama. sampai orang cakap kami belangkas. dimana ada Sha, disitu ada Elly.

surat tu menyatakan yang dia sayang sgt kat saya. dan selalu berharap agar saya jaga diri baik2. mcm pelik sahaja bunyi surat tu kan? selepas tu, bila saya rindu dia dan baca surat tuh, saya akan nangis. xtahu kenapa. lama2 baru saya sedar. saya tahu yang saya juga amat menyayangi dia.

jadi bila dia balik, saya cakap kat dia yang saya syg dia. walaupun MALU yang teramat, tpi sekurang2 nya dia tahu yang ada caring ttg dia. huhu..malunya..MySpace

kamu pun mesti tunjuk kasih sayang kamu. bak kata2 dalam lirik lagu "LAFAZ YANG TERSIMPAN" nyanyian UNIC. lafazkan kasih sayang mu..supaya nnti tidak terlambat. tapi biarlah berpada ye. dengan bukan jantina, jangan seseuka hati cakap. nnti jadi lain pulak. hehe

okey! hari ni, kita akan luahkan pada orang yang kita sayang terutamanya ibu bapa dan sahabat2. agar mereka tahu kita menyayangi mereka. selamat mencuba.(^_^)

0 comments:

Post a Comment