Friday, July 24, 2009

Mesti Sama ke?


assalamualaikum semua. dah lama sangat x update blog ni. kamu sihat? jaga kesihatan. yg paling penting, jangan biarkan apa2 pun menyakiti hati kamu. sebab bila kamu sakit hati, kamu akan dihidapi penyakit yang lain. kamu tak boleh buat kerja dan sebagainya.

tadi saya dan kawan2 dalam satu kumpulan membincangkan tentang filosofi psikologi. kamu tahu filosofi (philosophy). ia ilmu yang membincangkan perkara2 yang hampir mustahil untul difahami. contohnya, apa ertinya jadi manusia? jadi manusia itu mesti berfikiran rasional, kreatif dan bertamadun. manusia dicipta ada imaginasi dan impian. itu yang membezakan manusia dengan binatang. manusia juga ada roh dan tanggungjawab sebagai pentadbir bumi ini berpandukan Quran dan sunnah. hm...tapi, sekiranya manusia itu yang mentadbir, kenapa manusia juga yang merosakkannya? > soalan philosophy..jawab2.

malam ni saya mahu berfikir secara philosophy juga. saya teringat ayah saya. dia sangat suka dengan perniagaan dan tamadun melayu. dia cakap, kita ditindas sebab melayu sendiri tak mahu bangun bertindak. hm..agak2 nya, betul ke? saya? bg saya, betul juga. tapi bg orang lain? terpulang pada pendapat masing2. agaknya, apa yang kita rasa dan fikir, betul kah? siapa yang menentukan betul atau tidak?

contohnya, saya berpendapat saya ni suka sangat tolong orang lain. malah masa rehat saya pun, kadang2 saya beri pada orang lain. saya juga sangat suka gembirakan orang lain. mendengar kisah2 mereka dan seorang motivator yang baik. bukti? ada..saya ramai kawan. saya juga selalu diberi kepercayaan oleh org yg ada masalah untuk mereka menceritakan ttg masalah mereka. tapi ada orang ckp, saya ni suka cari alasan. alasan untuk melakukan sesuatu yang saya tidak berapa mahu. tapi benarkah saya tidak mahu? hanya kerana saya memberi alasan yang munasabah? perasaan saya? saya mahu..tapi sekiranya ada alternatif lain, mungkin saya tidak mahu lagi. kamu faham?

jadi saya bertanya pada diri. adakah fikirannya yang mengatakan saya sebenarnya tidak mahu hanya kerana alasan yang saya rasa munasabah itu, harus saya pertimbangkan kerana dia adalah manusia seperti saya? yelah..semua orang berpandangan berbeza. mungkin dia fikir, dengan alasan itu, saya tidak mahu. tapi bila ditempat saya, alasan itu adalah alternatif yang lebih mudah.

jadi saya berpendapat, manusia itu, berhak fikir apa yang dia rasa betul. tapi bila satu masa, dia perlu ubah fikirannya itu berdasarkan fikiran orang lain yang tidak sama dengan dia. jika kamu ada kawan, dia ajak kamu pergi kemuzium. kemudian dia menolak. tapi kamu merasakan muzium itu sangat penting sebab dapat belajar sejarah dan tamadun untuk perbangunan insan. adakah kamu akan kata dia itu jenis yang tidak peduli dengan pembangunan insan, iaitu dirinya sendiri? saya rasa, tak patut. sebab, dia ada alasan tersendiri, mengapa dia tidak mahu pergi kemuzium. dan itu lah manusia. pelbagai ragam dan fikiran.

apa yang penting, andai berpeluang, kamu boleh ubah fikirannya dengan daya persuasion(pujukan). cara yang lebih berhemah. kerana, pandangan dan perasaan seseorang adalah hak tersendiri. so? memahami dan cuba pujuk dia untuk terima pandangan kamu. jadi, semua orang boleh hormati pandangan masing2 dengan berlapang dada walaupun kamu dan dia berbeza..insyaallah..

PEACE SHA!

5 comments:

Syabab Tajdid said...

Filosofi telah meresap masuk kedalam dunia Islam pada saat zaman kegemilangan Islam. Ibnu Khaldun, Ibnu sina antara ahli filosofi sains yang terkenal.. Ilmu filosofi masuk kedalam perbahasan aqidah hingga muncul golongan ahli kalam.

EHm, teringat akan kisah seorg ulamak besar Islam (kalau tak silap imam abu hanifah) bertelagah dengan anaknya sendiri. Beliau melarang anaknya mendalami ilmu kalam ini tetapai anaknya berang dan berkata, "ayah tu pun kaji ilmu kalam boleh, tapi saya tak boleh pulak". Beliau menjawab, "Aku mengkaji ilmu kalam untuk mengkritik ilmu kalam.. tapi kau mengkaji ilmu kalam untuk menerapkannya".

Perbahasan ilmu falsafah, biarlah didasarkan quran dan sunnah.. Jika debahaskan berdasarkan logik akal dan ilmu mantik, itulah yang menjadikan perbahasan falsafah yang hanya menyebar retorik dan tiada kesudahannya..

Ehm, sekadar pendapat dr ana yang kurang ilmunya..

Syabab Tajdid said...

"Perasaan saya? saya mahu..tapi sekiranya ada alternatif lain, mungkin saya tidak mahu lagi. kamu faham?"

Ehm.. antara mahu dan tak mahu..
Ukhti bertelagah dgn kawan ukhti ke?
Bersabarlah ukhti..
Mungkin kawan ukhti tu menganggap ukhti org yang sangat rapat dengan dia hingga dia hanya mahukan ukhti tolong dia berbanding alternatif lain..

Jika ukhti tak mampu tolong dia, explainlah dia dengan cara yang baik..

Mgkn sebenarnya dia sendiri dah tahu akan alternatif mudah yang ukhti fikirkan tu.. Cuma dia tetap mahukan ukhti tolong dia.. Bila ukhti keutarakan alternatif itu, bg dia, kelihatannya ukhti seperti memberi alasan untuk tidak mahu..

Moga ukhti dengan dia boleh mencapai kata sepakat yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak..

:)

Syada said...

philosophy have to be islamized...especially psychology.

kenapa dia masih suruh saya sedangkan ada alternatif lain? atau mgkn saja dia tidak tahu keadaan saya disini..tapi xpe..insyaallah, esok lusa, saya tetap kembali kembali pada dia. sbb saya syg dia.

moral? kdg2 kita xleh remeh temehkan apa yg org lain fikir. just wondering why he or she says that to us..

semoga kamu ceria (^_^)

Sitie BUm BUm said...

slm kenal

Syada said...

hai siti..salam kenal..thnx for coming (^_^)

Post a Comment