Friday, August 2, 2024

Lama, sangat lama tidak menulis..
setelah syada tiada, menulis pun jadi kaku..

namun malam ni, terasa ingin menulis.
tentang persahabatan kami yang unik.
dimulai dengan rasa sedih yang mendalam, saling menutup luka parah yang entah bila akan sembuh pada ketika itu.
lantas, sapaan- sapaan tanda ingatan menuai rasa suka, rasa selesa, rasa berharap pada sosok jiwa yang mungkin boleh menemani hati yang sedang sekian lama lompong dek ujian yang bertalu-talu datang dalam hidup sebelumnya.
Persahabatan kita penuh warna warni. Adakala pahit, terlalu perit, namun banyaknya adalah manis, lantaran kau yang selalu meraikan semua rasa dan fikiran.
mungkin pada orang lain kita menangis tanda sedih, tapi selalu saja kita menangis kerana terharu dan syukur dipertemukan saat bergelut dengan rasa sakit yang amat.
Kini, kau akan selalu jadi kesayangan yang aku titipkan doa setiap saat..
moga Dia selalu melindungimu dan permudahkan semua urusanmu..

yang benar,
Orked

 5 tanda kita tengah burnout

Yang pertama, selalu berasa sukar untuk tidur atau insomnia

Yang kedua selalu merasa letih, tidak bertenaga Dan mudah sakit-sakit badan.

Yang ketiga, mudah marah-marah dan mudah sedih.

Yang Keempat, runsing untuk pergi bekerja Dan mahu lekas pulang.

Yang kelima, tidak berminat dengan aktiviti seharian.