Friday, September 4, 2009
SEDIHNYA..
harini xceria langsung..
Ya Allah aku sgt sedih..
rasa ingin menangis saja.
semalam exam..hari ni ade dua exam lagi.
tadi entah macam mana kaki pulak terseliuh. lutut ni dah rasa mcm bengkak sgt.
sedihnya...
perasaan ini adalah kurnia Allah..
berfikirlah positif sha..semua nye akan jadi sedia kala.
muhasabahlah dirimu
usah jadi org sombong
usah benarkan sifat mazmumah merebak dalam hatimu
maafkanlah dirimu
dan berazam lah untuk jadi lebih baik selepas ini.
belajar lah untuk berbicara dengan kasih sayang.
manusia itu dijadikan pelbagai rupa dan akhlak
andai tidak kene dengan diri mu, bersabarlah dan tunjukkanlah akhlak yg terbaik
kerna bersabar itu lebih baik
mereka juga punya personaliti dan pendapat masing yg ingin dihormati oleh org sekeliling mereka.
seperti dirimu, mereka juga tidak berniat untuk menyakiti hati mu
dan tentu nye aku juga tidak mahu sakiti hatimu lebih2 lagi dirimu
moga Allah berikan mu petunjuk
dalam menghadapi perbezaan ini
andai ada persamaan, bersyukurlah
andai ada perbezaan, berlapang dada lah
moga masih kukuh hubungan yg sudah sedia ada
xsalah untuk berkorban hanya kerna sebuah pendapat yg berlainan...
Monday, August 31, 2009
Cinta Ku

rindu benar aku padanya..rasa tidak puas lagi walaupun berkali kumenangis
aku kagum dengan kesabaranNya dengan hambaNya
dengan sifatNya yg sempurna
dengan sifat pengasih dan penyayangNya
serta keunikan ciptaanNya
harini aku temui jua cinta
yg ada pada si dia yg akan menjadi putera hidupku
cinta ini moga nya bercambah lagi dengan rahmat dan cntaNya
moga semakin padat hati kami dengan taqwa
semakin cerah jiwa kami dengan iman membunga
indah ditaman syurgawi
harini kutemui lagi cinta
seorg pemuda yg sudah bertemu dgn bidadarinya
penyejuk hati relung jiwanya
sudah berakhir penantian itu
lantaran sang bidadari masih segan silu
hanya menunggu suntingan putera dari kamar bonda
hari ni kutemui cnta, Ansar dan Muhajirin
ukhwah mereka umpama kuku dan isi
seperti tentera yg kejatuhan botol airnya
disempadan peperangan dgn Rom yg berkuasa
lalu semua nya mencedok2 sungai mencari botol air sang sahabatnya
berfikir Rom untuk kabur, bagaimana pula andai seorg dri muslim yg terbunuh?
tentu habis kita!
harini kutemui cinta
cinta pada agama yg mulia
setiap detik dan usaha
adalah untuk nya,
ramai lagi mereka yg sedang mnghlur tangan
minta di beri tarbiyah
lalu kuteringat
kisah nabi ibrahim bersama ismail anakanda tercinta
"Ya Tuhan Kami, utuslah untuk mereka sorg rasul dri kalangan mereka yg akan membacakan kpd mereka ayat2 Engkau, dan mengajarkan kpd mrk alkitab dan alhikmah serta menyucikan mrk susungguhnya engkaulah yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (2:129)
lalu doa nya baginda terjawab
bersama debunga2 dakwah rasulullah
hingga termateri sebuah janji
untuk membela agama
"Dialah yg mengutus kpd kaum yg buta huruf seorg rasul diantara mrk
yg membacakan ayat2 Nya kpd mereka
menyucikan mrk
dan mengajarkan kpd meraka Kitab dan al Hikmah
sesungguhnya mrk sebelumnya benar2 dlm kesesatan yg nyata" (aljumu'ah :2)
dan dgn doa ini, lahirlah para sahabat yg dari sekolah tarbiyah rasulullah
mendebunga lagi cinta hakiki
dlm diri insan kerdil
moga cinta2 ini
terus mekar bersama iman dan taqwa..
Tuesday, August 25, 2009
Manage Well and Get your Life Calm
assalamualaikum..dan salam ramadhan buat semua..ramadhan sudah 3 hari berlalu. alhamdulilah, walaupun masa seperti tidak mengizinkan untuk berlama-lamaan untuk berehat, namun ini lah satu didikan untuk diri kita agar benar2 menghargai masa. yelah..ramadhan bukan selalu. sekarang la masa untuk bersungguh2 beribadah dan didik nafsu. insyaallah (^_^)
sudah 2 minggu saya asyik sibuk. minggu lepas, mak lang yg disayangi telah menemui Allah. moga dia dirahmati selalu disana. saya juga kene menziarahi orang sakit. kadang2 mesti kene luangkan juga masa untuk orang2 yg kita sayang. walau sibuk mana pun. hm..program di universiti, usah cakap lagi. sibuk..tapi moga dipermudahkan. studi must go on. mengajak orang buat kebaikan juga mesti istiqamah. alhamdulilah. saya semakin tenang.
semalam ketika saya sedang sibuk menyiapkan report experiment, datang seorang junior, minta diajarkan subject fisiologi psikologi. agak sukar sebenarnya untuk membantu nya sedangkan saya juga masih banyak kerja. dengan bilik yang sedikit tidak terurus dan tersusun, saya buka hati saja untuk adik ni. moga2 dgn bantu org lain, hati saya makin tenang, kerja pun makin mudah. alhmdulilah..memang mudah. ramadhan ni, tak mau bicara banyak...
kamu bagaimana? sudah stabil kah semua kerja dan tanggugjawab? daripada apa yg saya perhatikan dan belajar, kita ni kdg2 terlupa benda yg remeh temeh bila banyak kerja.
contohnya basuh baju, tukar cadar dan kemas rak buku. waktu minggu lalu, ada2 saja kawan yg datang ziarah. meluahkan masalah dan saja2 berbual..habis tuh, dah dengan bilik cmtu, mcm xselesa pun ada. kita sebagai tuan punya bilik pn cm rimas, apatah lagi org lain.
glitter-graphics.com
tenangnye tgk gmbar ni..
sebelum ni, biasa saja, tapi dah banyak sgt kerja. adoi..tapi xpe..last2, saya senaraikan apa yang saya kene buat. dari hal yang paling penting, samapai yg xberapa penting. dan sy semakin stabil..
dalam bulan ramadhan ni, tidur jadi xtentu..tapi yg enaknya bila bersunyian2 di waktu sepertiga malam..moga sentiasa dlm redhoNya.
so? manage masa well..jgn biarkan masa tanpa berbuat apa2. sekarang masanya untuk mendidik diri! all da best semua.
Tuesday, August 11, 2009
Pelangi itu Aku yang Punya

Assalamualaikum..salam ceria semua.. heheh..harini aku begitu ceria walaupun sebenarnya agak sakit hati..sebab report experiment 1 dah hantar.
kamu apa khabar? sihat? sekarang ni musim H1N1. hm...jagalah kesihatan masing2 ye.
kamu pernah tengok cerita LASKAR PELANGI? saya cadangkan kamu tengok. saya pn sedang menontonnya sekarang. sangat best.
laskar pelangi adalah tentang perjuangan sebuah kehidupan.. kamu tahu, untuk mendapat sesuatu, bukanlah mudah..ibarat mencapai pelangi diangkasa..sukar..penuh rintangan dan mmg teramat mustahil. tpi kamu tetap boleh mewarnai impian kamu itu didada kanvas. lukisan yang hampir serupa dengan pelangi sudah benar2 memberi kepuasan bahawa kamu sudah memilki sebuah pelangi!
dalam dunia ini, terlalu banyak rintangan yg terpaksa kita hadapi. kamu pernah rasa dunia ini tidak adil? sy pernah berasa begitu. tapi inspirasi terus mekar dlm diri saya. melonjak semangat saya untuk terus tersenyum walaupun dunia tidak lah seindah cerita dalam novel atau fantasi.
jadi, teruskan perjuangan, binalah impian dan pastikan impian kamu itu boleh dicapai. jika tersadung atau jatuh dimana2, bangkitlah. kerana hidup kamu adalah usaha kamu untuk mewarnainya.
bak kata org indonesia " persetankan saja masa silammu dan kata2 manusia!"
macam budak2 main lari2. berlari dan terus berlari. kalau kamu tersungkur, gelakkan saja kepada diri kamu. kata kan pada dirimu, " kalau aku tidak tersenyum saat aku terjatuh, siapa lagi kan tersenyum padaku. jika aku tidak bangkit sendiri dari sini dan terus berlari, siapa lagi kan memimpin diriku untuk terus menang perlumbaan ini"
dunia ini cume sementara. deritanya sekejap jika kamu mahu bahagia selamanya di sana..
cinta lah yang mewarnai dunia kita jadi warna2 pelangi yg indah. dan kamu, saya, dia adalah sebahagian dari dunia ini. semoga terus ceria...
LASKAR PELANGI - Nidji
OST laskar pelangi
mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya...
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya...
sayang kamu semua..
Friday, July 31, 2009
Orang Sekeliling Tetap Akan Bercakap Tentang Apa Yang Anda Buat

Orang sekeliling tetap akan bercakap tentang apa yang Anda buat, apa yang Anda lakukan, impian Anda dan apa yang Anda usahakan. Well, jika Anda mengalami situasi itu, kali ni saya ingin berkongsi pengalaman.
Anda, sebagai pembaca blog iMotivasi sudah pasti tahu impian yang saya nak capai, iaitu nak bekerja menjadi pengendali, penulis dan pemilik blog sepenuh masa. Dalam perkataan lain, full time blogger.
Dengan bekerja sebagai full time blogger membuat saya ada lebih banyak masa untuk membaca banyak buku, bersukan dengan lebih lama dan beribadah dengan lebih khusyuk. Sekarang, pada saat artikel ini ditulis, saya memilih untuk melupakan hal yang tidak berkaitan dengan blog, sukan dan keagamaan semata-mata untuk mengejar impian.
Akhirnya, usaha saya mendapat cemuhan, tohmahan, makian dan kata-kata kesat yang sukar nak dilupakan hanya kerana sikap saya “lain daripada yang lain”. Saya tak kacau sesiapa, tak pernah mengata sesiapa, saya cuma terlalu fokus dengan kerja-kerja saya.
Namun, kerajinan saya praktikkan ke dalam diri sendiri menimbulkan ketidaksenangan pada beberapa pihak. Kawan-kawan saya tak senang dengan sikap saya, sebab saya sanggup bersengkang mata, hanya berkurung di dalam bilik mengadap sebuah laptop kecil. Maka saya membuat kesimpulan.
Orang rumah, jiran, kengkawan dan saudara mara Anda tak akan pernah faham apa yang saya capai, apatah lagi jika apa yang dibuat tu tak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ni. Jujur dari hati di sekeliling saya, tak ada sesiapa yang support saya, menyokong saya. Mengkondem, tu ramai le, hehe. Namun, saya memilih untuk melupakan cakapan mereka, umpatan mereka dan kata-kata mereka.
Apa yang saya kongsikan ni bukan untuk menunjuk-nunjuk yang mental saya ni kuat, tapi supaya menjadi contoh pada Anda untuk memperkuatkan mental, emosi dan spiritual Anda menghadapi cakapan-cakapan orang sekeliling yang menyesakkan telinga, menyakitkan hati. Cara nak mengelak dari orang sebegitu, Anda dengan melupakannya saja, lupa selupa yang mungkin dan jangan diingat lagi. LiveStrong!
Pada permulaan, memang susah nak lupa. Tapi, bila kita melatih fikiran supaya fokus pada impian kita, usaha-usaha kita dan diri kita keseluruhannya, kita akan jadi terlalu sibuk hingga terlupa nak mengingat cakapan-cakapan orang sekeliling. Jadi, jika kawan-kawan Anda mencemuh Anda, keluarga Anda menyisihkan Anda, anggap saja itu sebagai booster pemacu untuk Anda semakin berjaya.
Hasilkan sesuatu yang tahapnya cemerlang, supaya mereka respek Anda, bangga dengan Anda setelah Anda berjaya nanti. Mulakan sekarang!
Thursday, July 30, 2009
Yang Mana? Biru ke Merah?

S : saya bagi bunga ni khas untuk awak
D : awak bagi utk apa?
S : saja..sebagai tanda persahabatan kita. dan saya mahu awak tahu, awak ada saya selalu jika awak susah atau senang.
D : terima kasih. tapi dua bunga ni kita ke?
S : haah. awak suka biru kan? jadi biru tu awak dan merah tu saya.
D : hehe. thnx. tapi saya suka merah. saya nak awak punya bunga boleh?
S : of coz. awak boleh ambil jika awak mahu. saya akan ambil biru, dan awak ambil merah.
D : iye? tapi saya suka merah. saya ambil awak punya bunga merah boleh?
S : (smiling) ye..awak boleh ambil apa sahaja yang awak suka dari saya.
D : betul? tapi saya mahu apa yang awak mahu. saya mahu kongsi segalanya dengan awak. boleh?
S : wah...tidak terfikir saya. sebenarnya awak mahu bunga yang saya mahu kan? hm...saya faham. terima kasih awak. sebab mahu kongsi segalanya2 dengan saya. bunga ni, tanda persahabatan kita. dan bunga ini hanya untuk kita.
D :
Indahnya persahabatn seperti indahnya kita melihat bunga2 ditaman..tapi? kamu dah col atau mesej dia ke? dah lama tak tahu berita tentang dia. dia sihat ke, tidak ke, atau dia sekarang dah berumahtangga?
bukan hanya sahabat..namun juga buat saudara terdekat. kamu tahu? langsung tidak rugi untuk menymbung silaturrahim. merasa nikmatnya hidup bersama seorang teman. walaupun dia itu cuma adik kandung kamu.
teringat saya. dulu dengan adik2, memang asyik mahu bergaduh. tapi..sekarang, bila tidak bersua, sudah terasa rindu. sekarang semua sudah sambung belajar. ada yang sudah berkerja. memang tak boleh bersama selalu. jadi, hargailah masa bersama. walaupun sekejap.
jangan gaduh2 lagi tau. memaafkan memang susah. tapi lagi menyesal jika kamu tidak memaafkan nya saat dia sudah tiada disisi...
Friday, July 24, 2009
Mesti Sama ke?

assalamualaikum semua. dah lama sangat x update blog ni. kamu sihat? jaga kesihatan. yg paling penting, jangan biarkan apa2 pun menyakiti hati kamu. sebab bila kamu sakit hati, kamu akan dihidapi penyakit yang lain. kamu tak boleh buat kerja dan sebagainya.
tadi saya dan kawan2 dalam satu kumpulan membincangkan tentang filosofi psikologi. kamu tahu filosofi (philosophy). ia ilmu yang membincangkan perkara2 yang hampir mustahil untul difahami. contohnya, apa ertinya jadi manusia? jadi manusia itu mesti berfikiran rasional, kreatif dan bertamadun. manusia dicipta ada imaginasi dan impian. itu yang membezakan manusia dengan binatang. manusia juga ada roh dan tanggungjawab sebagai pentadbir bumi ini berpandukan Quran dan sunnah. hm...tapi, sekiranya manusia itu yang mentadbir, kenapa manusia juga yang merosakkannya? > soalan philosophy..jawab2.
malam ni saya mahu berfikir secara philosophy juga. saya teringat ayah saya. dia sangat suka dengan perniagaan dan tamadun melayu. dia cakap, kita ditindas sebab melayu sendiri tak mahu bangun bertindak. hm..agak2 nya, betul ke? saya? bg saya, betul juga. tapi bg orang lain? terpulang pada pendapat masing2. agaknya, apa yang kita rasa dan fikir, betul kah? siapa yang menentukan betul atau tidak?
contohnya, saya berpendapat saya ni suka sangat tolong orang lain. malah masa rehat saya pun, kadang2 saya beri pada orang lain. saya juga sangat suka gembirakan orang lain. mendengar kisah2 mereka dan seorang motivator yang baik. bukti? ada..saya ramai kawan. saya juga selalu diberi kepercayaan oleh org yg ada masalah untuk mereka menceritakan ttg masalah mereka. tapi ada orang ckp, saya ni suka cari alasan. alasan untuk melakukan sesuatu yang saya tidak berapa mahu. tapi benarkah saya tidak mahu? hanya kerana saya memberi alasan yang munasabah? perasaan saya? saya mahu..tapi sekiranya ada alternatif lain, mungkin saya tidak mahu lagi. kamu faham?
jadi saya bertanya pada diri. adakah fikirannya yang mengatakan saya sebenarnya tidak mahu hanya kerana alasan yang saya rasa munasabah itu, harus saya pertimbangkan kerana dia adalah manusia seperti saya? yelah..semua orang berpandangan berbeza. mungkin dia fikir, dengan alasan itu, saya tidak mahu. tapi bila ditempat saya, alasan itu adalah alternatif yang lebih mudah.
jadi saya berpendapat, manusia itu, berhak fikir apa yang dia rasa betul. tapi bila satu masa, dia perlu ubah fikirannya itu berdasarkan fikiran orang lain yang tidak sama dengan dia. jika kamu ada kawan, dia ajak kamu pergi kemuzium. kemudian dia menolak. tapi kamu merasakan muzium itu sangat penting sebab dapat belajar sejarah dan tamadun untuk perbangunan insan. adakah kamu akan kata dia itu jenis yang tidak peduli dengan pembangunan insan, iaitu dirinya sendiri? saya rasa, tak patut. sebab, dia ada alasan tersendiri, mengapa dia tidak mahu pergi kemuzium. dan itu lah manusia. pelbagai ragam dan fikiran.
apa yang penting, andai berpeluang, kamu boleh ubah fikirannya dengan daya persuasion(pujukan). cara yang lebih berhemah. kerana, pandangan dan perasaan seseorang adalah hak tersendiri. so? memahami dan cuba pujuk dia untuk terima pandangan kamu. jadi, semua orang boleh hormati pandangan masing2 dengan berlapang dada walaupun kamu dan dia berbeza..insyaallah..
PEACE SHA!



