Friday, July 31, 2009

Orang Sekeliling Tetap Akan Bercakap Tentang Apa Yang Anda Buat



Orang sekeliling tetap akan bercakap tentang apa yang Anda buat, apa yang Anda lakukan, impian Anda dan apa yang Anda usahakan. Well, jika Anda mengalami situasi itu, kali ni saya ingin berkongsi pengalaman.

Anda, sebagai pembaca blog iMotivasi sudah pasti tahu impian yang saya nak capai, iaitu nak bekerja menjadi pengendali, penulis dan pemilik blog sepenuh masa. Dalam perkataan lain, full time blogger.

Dengan bekerja sebagai full time blogger membuat saya ada lebih banyak masa untuk membaca banyak buku, bersukan dengan lebih lama dan beribadah dengan lebih khusyuk. Sekarang, pada saat artikel ini ditulis, saya memilih untuk melupakan hal yang tidak berkaitan dengan blog, sukan dan keagamaan semata-mata untuk mengejar impian.

Akhirnya, usaha saya mendapat cemuhan, tohmahan, makian dan kata-kata kesat yang sukar nak dilupakan hanya kerana sikap saya “lain daripada yang lain”. Saya tak kacau sesiapa, tak pernah mengata sesiapa, saya cuma terlalu fokus dengan kerja-kerja saya.

Namun, kerajinan saya praktikkan ke dalam diri sendiri menimbulkan ketidaksenangan pada beberapa pihak. Kawan-kawan saya tak senang dengan sikap saya, sebab saya sanggup bersengkang mata, hanya berkurung di dalam bilik mengadap sebuah laptop kecil. Maka saya membuat kesimpulan.

Orang rumah, jiran, kengkawan dan saudara mara Anda tak akan pernah faham apa yang saya capai, apatah lagi jika apa yang dibuat tu tak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ni. Jujur dari hati di sekeliling saya, tak ada sesiapa yang support saya, menyokong saya. Mengkondem, tu ramai le, hehe. Namun, saya memilih untuk melupakan cakapan mereka, umpatan mereka dan kata-kata mereka.

Apa yang saya kongsikan ni bukan untuk menunjuk-nunjuk yang mental saya ni kuat, tapi supaya menjadi contoh pada Anda untuk memperkuatkan mental, emosi dan spiritual Anda menghadapi cakapan-cakapan orang sekeliling yang menyesakkan telinga, menyakitkan hati. Cara nak mengelak dari orang sebegitu, Anda dengan melupakannya saja, lupa selupa yang mungkin dan jangan diingat lagi. LiveStrong!

Pada permulaan, memang susah nak lupa. Tapi, bila kita melatih fikiran supaya fokus pada impian kita, usaha-usaha kita dan diri kita keseluruhannya, kita akan jadi terlalu sibuk hingga terlupa nak mengingat cakapan-cakapan orang sekeliling. Jadi, jika kawan-kawan Anda mencemuh Anda, keluarga Anda menyisihkan Anda, anggap saja itu sebagai booster pemacu untuk Anda semakin berjaya.

Hasilkan sesuatu yang tahapnya cemerlang, supaya mereka respek Anda, bangga dengan Anda setelah Anda berjaya nanti. Mulakan sekarang!


sumber : imotivasi

Thursday, July 30, 2009

Yang Mana? Biru ke Merah?



S : saya bagi bunga ni khas untuk awak

D : awak bagi utk apa?

S : saja..sebagai tanda persahabatan kita. dan saya mahu awak tahu, awak ada saya selalu jika awak susah atau senang.

D : terima kasih. tapi dua bunga ni kita ke?

S : haah. awak suka biru kan? jadi biru tu awak dan merah tu saya.

D : hehe. thnx. tapi saya suka merah. saya nak awak punya bunga boleh?

S : of coz. awak boleh ambil jika awak mahu. saya akan ambil biru, dan awak ambil merah.

D : iye? tapi saya suka merah. saya ambil awak punya bunga merah boleh?

S : (smiling) ye..awak boleh ambil apa sahaja yang awak suka dari saya.

D : betul? tapi saya mahu apa yang awak mahu. saya mahu kongsi segalanya dengan awak. boleh?

S : wah...tidak terfikir saya. sebenarnya awak mahu bunga yang saya mahu kan? hm...saya faham. terima kasih awak. sebab mahu kongsi segalanya2 dengan saya. bunga ni, tanda persahabatan kita. dan bunga ini hanya untuk kita.

D :

Indahnya persahabatn seperti indahnya kita melihat bunga2 ditaman..tapi? kamu dah col atau mesej dia ke? dah lama tak tahu berita tentang dia. dia sihat ke, tidak ke, atau dia sekarang dah berumahtangga?

bukan hanya sahabat..namun juga buat saudara terdekat. kamu tahu? langsung tidak rugi untuk menymbung silaturrahim. merasa nikmatnya hidup bersama seorang teman. walaupun dia itu cuma adik kandung kamu.

teringat saya. dulu dengan adik2, memang asyik mahu bergaduh. tapi..sekarang, bila tidak bersua, sudah terasa rindu. sekarang semua sudah sambung belajar. ada yang sudah berkerja. memang tak boleh bersama selalu. jadi, hargailah masa bersama. walaupun sekejap.

jangan gaduh2 lagi tau. memaafkan memang susah. tapi lagi menyesal jika kamu tidak memaafkan nya saat dia sudah tiada disisi...

Friday, July 24, 2009

Mesti Sama ke?


assalamualaikum semua. dah lama sangat x update blog ni. kamu sihat? jaga kesihatan. yg paling penting, jangan biarkan apa2 pun menyakiti hati kamu. sebab bila kamu sakit hati, kamu akan dihidapi penyakit yang lain. kamu tak boleh buat kerja dan sebagainya.

tadi saya dan kawan2 dalam satu kumpulan membincangkan tentang filosofi psikologi. kamu tahu filosofi (philosophy). ia ilmu yang membincangkan perkara2 yang hampir mustahil untul difahami. contohnya, apa ertinya jadi manusia? jadi manusia itu mesti berfikiran rasional, kreatif dan bertamadun. manusia dicipta ada imaginasi dan impian. itu yang membezakan manusia dengan binatang. manusia juga ada roh dan tanggungjawab sebagai pentadbir bumi ini berpandukan Quran dan sunnah. hm...tapi, sekiranya manusia itu yang mentadbir, kenapa manusia juga yang merosakkannya? > soalan philosophy..jawab2.

malam ni saya mahu berfikir secara philosophy juga. saya teringat ayah saya. dia sangat suka dengan perniagaan dan tamadun melayu. dia cakap, kita ditindas sebab melayu sendiri tak mahu bangun bertindak. hm..agak2 nya, betul ke? saya? bg saya, betul juga. tapi bg orang lain? terpulang pada pendapat masing2. agaknya, apa yang kita rasa dan fikir, betul kah? siapa yang menentukan betul atau tidak?

contohnya, saya berpendapat saya ni suka sangat tolong orang lain. malah masa rehat saya pun, kadang2 saya beri pada orang lain. saya juga sangat suka gembirakan orang lain. mendengar kisah2 mereka dan seorang motivator yang baik. bukti? ada..saya ramai kawan. saya juga selalu diberi kepercayaan oleh org yg ada masalah untuk mereka menceritakan ttg masalah mereka. tapi ada orang ckp, saya ni suka cari alasan. alasan untuk melakukan sesuatu yang saya tidak berapa mahu. tapi benarkah saya tidak mahu? hanya kerana saya memberi alasan yang munasabah? perasaan saya? saya mahu..tapi sekiranya ada alternatif lain, mungkin saya tidak mahu lagi. kamu faham?

jadi saya bertanya pada diri. adakah fikirannya yang mengatakan saya sebenarnya tidak mahu hanya kerana alasan yang saya rasa munasabah itu, harus saya pertimbangkan kerana dia adalah manusia seperti saya? yelah..semua orang berpandangan berbeza. mungkin dia fikir, dengan alasan itu, saya tidak mahu. tapi bila ditempat saya, alasan itu adalah alternatif yang lebih mudah.

jadi saya berpendapat, manusia itu, berhak fikir apa yang dia rasa betul. tapi bila satu masa, dia perlu ubah fikirannya itu berdasarkan fikiran orang lain yang tidak sama dengan dia. jika kamu ada kawan, dia ajak kamu pergi kemuzium. kemudian dia menolak. tapi kamu merasakan muzium itu sangat penting sebab dapat belajar sejarah dan tamadun untuk perbangunan insan. adakah kamu akan kata dia itu jenis yang tidak peduli dengan pembangunan insan, iaitu dirinya sendiri? saya rasa, tak patut. sebab, dia ada alasan tersendiri, mengapa dia tidak mahu pergi kemuzium. dan itu lah manusia. pelbagai ragam dan fikiran.

apa yang penting, andai berpeluang, kamu boleh ubah fikirannya dengan daya persuasion(pujukan). cara yang lebih berhemah. kerana, pandangan dan perasaan seseorang adalah hak tersendiri. so? memahami dan cuba pujuk dia untuk terima pandangan kamu. jadi, semua orang boleh hormati pandangan masing2 dengan berlapang dada walaupun kamu dan dia berbeza..insyaallah..

PEACE SHA!

Tuesday, May 5, 2009

METAFORA

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naif untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

by: NICE

Wednesday, April 15, 2009

Life Is An Open Secret


salam... birthday saya yang lepas, saya dapat hadiah dari cik ST. dia hadiahkan saya sebuah buku yang sangat best. jom tengok! kamu pun mesti suka.


ia adalah hasil penulisan Sister Zabrina. (sila klik untuk ke web dia).

kat sebelah ni lah book cover dia. ia adalah sebuah buku motivasi berbahasa inggeris. sangat simple penulisannya. saya sudah pun baca. walaupun belum habis lagi, tapi saya rasa buku ni sangat praktikal. simple, mudah untuk difahami dan sangat clear.

ia bukan macam sesetengah buku motivasi yang terlalu ber fakta. tapi Sister Zabrina menulis semua ni berdasarkan pengalaman beliau. jadi seolah2 kamu sedang membaca sebua cerita dari seseorang. menarik kan?

so apa lagi? jom la kita baca ramai2. sambil berehat minum air vico. MySpace

Marah dan Dirimu, Siapa Lebih Utama?


assalamualaikum dan salam ceria! hehe. saje je letak gambar yang takde kene mengena dengan marah. sebab kita mesti positif!

alhmdulilah. exam dah habis. jadi boleh lah saya teruskan ber blogging. setiap kali saya menyebut 'ceria', automatik perasaan saya pun jadi ceria. hm..mgkin ia adalah perkataan positif. so, setiap kali menyebutnya, saya jadi ceria juga. maknanya bila nak menang, kene sebut 'menang' selalu. supaya kita merasa menang. kan kan?

ketika saat2 exam haritu, saya sgt geram bila saya terjumpa banyak buku yang best untuk dibaca. biasalah. asal exam je rasa nak rajin baca buku lain. waktu free2 dulu tanak. waktu ni lah tiba2 nak belajar ini lah, itu lah..haih...
MySpace

pelik kan? hm... kdg2 saya tertanya jugak. saya sorg ke rasa cmtu. then buat survey. rupanya saya tidak keseorangan.ramai lagi pn cmtu. kalau kamu pelajar yang bagus. kamu tidak mcm tu kot. hehe


Buku Menarik

so hari ni, saya bercadang untuk membaca buku yang best2. mcm bese lah. buku tentang hati dan psikologi. bagaimana berfikiran positif dan merawat stress. malah depress juga..


saya baca tajuk dan belek2 sikit buku tuh. salah satunya bertajuk 'berbudaya positif'.
ada satu ungkapan yg menarik perhatian saya. 'kita harus memahami orang yang kita persalahkan'..itu adalah salah satu cara hilang kan stress.

menarik kan? sebab selalunya kita nak faham orang yang kita sayang. tpi sekarang kita kene faham orang yg ketika itu seolah2 kita xsayang. walaupun tadi dok cakap sayang je..tapi sekarang rasa macam ala2 benci pulak gitu.


Kisah Cik ST dan Sekolah

tiba2 saya teringat peristiwa semalam. bila cik ST mcm merajuk bila saya asyik marah2 dia dan ckp dia bukan2. yelah. semalam mood xberapa baik. entah syaitan mana merasuk saya. sian cik ST. dia mcm nak nangis dah sy tengok. hehe. saya salahkan dia sebab suka suruh saya macam2. pastu tak memahami yang saya penat, letih.


alih2, dia pulak yg berceramah lebar kat saya. dia cakap dia fobia bila orang kata dia pentingkan diri. padahal dia tak berniat begitu pun. dia sedaya upaya jaga hati orang lain. tapi tak sangka saya cakap begitu. waktu tu marah saya dh hilang. tpi dia pulak yg terasa lagi. so balik bilik saya cuba faham apa yg dia rasa. dari wajah dia dan kata2 nya. memahami sebenarnya kesalahan yang saya letakkan pada dia tu tak kukuh. sebab saya terlalu mengikut perasaan. sahabat kan saling tolong menolong. mesti ikhlas kan.. insyaallah.


so hari ni kami dah jadi kawan baik balik. hehe. itu pun sebab saya senyum kat dia dan banyak minta maaf. kalau kamu sedar kan. perkataan 'maaf' tuh amat power tau. berkuasa dalam memujuk orang yg sedang marah dan terasa. betul x cik ST? heheh

saya jugak teringat waktu saya tingkatan 2. ada sorg kawan saya menangis ngadu kat org lain kata saya xnak kawan ngn dia. maklum sajelah. wktu tu ramai sgt nak kawan ngn saya. hihi
saya sebenarnya xfaham kenapa dia smpai nangis sbb sy xnak rapat ngn dia. lagipun sy kecik lagi kot. mana la tahu yg dia nak kawan sgt ngn saya. sy ni pilih org gak. org yg best2 je saya kawan. waktu tu xreti lagi nak faham hati org lain. maaf kan daku sahabatz!

hm..dipendekkan cerita, saya wktu tu ala2 nazi. kejam teramat kerna saya marah dia pulak. dalam hati saya, saya kata "dia ni kenapa nak terasa sangat? bukan nye dah kenal lama pun" sepatutnya saya kene faham kenapa dia rasa cmtu. sebab...dia dah sayang saya.


Tip-Tip Kawal Marah Dari Al-Ghazali

saya teringat tentang hasil kerja Imam Al-Ghazali dalam Kitab Bimbingan Mukmin. terapi untuk hilangkan marah. indahnya Islam. nak kawal marah pun diajarkan.. ade beberapa cara kat bawah nih. baca tau!


1. kita harus merasakan bahawa Allah itu lebih layak untuk marah berbanding kita. yes! mmg kamu boleh marah dia. namun biarlah berpada. cuba tenangkan hati dengan mengingati Allah dan rasakan lah...kalau Allah boleh ampunkan hambaNya yg jahat giler, apatah lagi kita yang kesalahannya sikit tuh.
tapi kalau susah jugak, cubalah gi kat luar pintu, cabut rumput dengan laju2. sambil bertakbir. rumah pun bersih. hati pun leh lepaskan geram. heh MySpace

2. cuba elak kan daripada berjumpa dengan org tersebut dlm jgka masa yg tertentu. kalau terpaksa jugak, kamu buat2 lah bayangkan muka dia tuh mcm artis pujaan kamu atau org kesayangan kamu. jgn tgk muka dia. nanti xpasal2 naik jugak penerajang kat muka dia yg dah sedia xhensem tuh. huahua


3. gambarkan muka kamu waktu marah. betapa buruknya. tadi ayu je, dah jadi hodoh. siap hidung kembang dan mata merah. heeeee takutlah!


4. ingatlah akibat dari kemarahan kamu. bak orang tu2 kata. xde pekdahnye kamu lawan ngn si Abu tu. silap hari bulan, kamu yang kalah dlm pergaduhan tuh. malu dapat. sakit pun dapat. siap kehilangan kekasih lagi tuh.


5. last sekali, kamu fikirkan apa sebab nya kamu marah. kalau mmg dia salah, cuba cari cara untuk tegur dia baik2. kalau sebab dia yang nak kamu marah, kamu fikir lagi apa sebab kamu marah sgt nih. ha! dah jumpa! ni mesti sebab kamu dirasuk syaitan durjana. sbb tu kamu marah sgt. dah, dah..x cool la kalau marah2 ni. kan? kan?
MySpace

so? cuba bercakap perkara yang positif. then, cuba kawal marah. sebab orang yang suka marah ni ramai orang tak suka. mungkin kamu boleh buat senaman sikit waktu marah. tarik nafas, pejam mata dan bayangkan yang indah. again! think positive! semoga jadi orang cool..


MySpace
p/s: kalau saya marah, saya tidur. dan lagi satu, saya tak suka orang macho! heeee tata..and salam ceria (^_^)

Friday, April 10, 2009

Tag Dari Adik Mira yg Comel sangat (^_^)


Salam ceria semua! MySpace


kukegirangan kerana exam hampir tamat dan boleh lah menyambung motivasi lagi. hehe

dan adik mira yg cute sgt telah tag saya. hehe. comel betul dirimu. tapi xtahu umur. nnti akak tanye ye.





Upload yg anda gemari dan jawab soklan dibawah




Kenapa anda suke gambar ini?
entahlah..mgkin sebab 7hb hari tu ialah tarikh lahir saya. dan sy dapat sebuah buku yg sgt best dari cik ST. hehe...
nnti sy cerita buku apa tau.

Bila kali terakhir mkn pizza?
wahh...rasanya dah lama xmakan. boikot! hehe. semoga istiqamah. boikot juga pemikiran dan ajaran zionis ye MySpace

Lagu terakhir yg anda dengar?
haha..mcm ade kene mengena je ngn blog nih. sy dengar lagu inpisrasi hatiku dari de hearty. jgn marah ha~

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
hoho..petang satgi exam..selamba je siapkan tag nih. adik mira! adik kene bertanggungjawab nih kalau akak jadi pape MySpace lagi satu cik ST suruh kejut dia. tido waktu tghari..elok ke? hehe

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

hm..
*kakak~ panggilan kat rumah..rasa cm manja je kalau ayah yg pggil. heh
*syahid~ dulu kt sekolah org pggil nama ni.
* sha..sampai sekarang pn masih pggil sha (^_^)



Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

susah jugak nih. kawan2 ku ramai yg serius2 dlm blog diorg..haih..

1- Dya
2- syaima'
3- Ateh
4- Cik ST
5- su
6- adik izzah

Siapa no 1 pada anda;
dya ialah sahabat perjuangan. kagum ngn penampilannya yg berubah jadi baik giler. dulu pn baik. tpi kitorg pernah bertumbuk..hehe..dlm gelanggang taekwondo. jgn slh faham ar..

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
hah? xfaham la soalan nih. mana la sy tahu ateh ada hubungan ngn sape. ngn parents dia la. huahua

Kata sesuatu berkenaan org no 5;
nice fren. sygggggggg sgt kt dia. seorg yg menghargai dan loving



Bagaimana dgn org no 4?
ohoho..cik ST ni budak nakal. tpi baik giler dari segi ilmu agama. kalau tag dia nih, confirm dia xletak kt blog dia punye. jgn marah ye cik ST.

Siapa org no 2?
syaima' ni budak nakal sgt. tpi ade ke dia kata sy yg ajar dia jadi nakal? ish2..ku bertuah bertemu dengan mu wahai adikku syaima'...hehe

Bagi pesanan pd org no 6;
hehe..kalau kt tag adik mira, no 6 ialah sy. dia suruh sy ceria selalu. hm..untuk adik izzah..semoga dirimu tabah selalu dlm mengharungi kesusahan hidup. walapun kita jauh giler..tpi dirimu tetap menjadi pujaan hatiku. huahua


pasni nak kene buat soalan tag yg bermotivasi sikit. disamping tahu peribadi kita. insyaallah. semoga ceria selalu buat semua. syg kamu!